Wednesday, February 8, 2012

Wordless Wednesday!! ~Tissue Box Cover~ ^_^

Salam peeps..

Request dari ofismate, nak tengok saya hasilkan ini..

Akhirnya inilah yang terhasil..


gambar gelap sebab tak pandai nak setting camera baru tu ....hihi

Monday, February 6, 2012

Idea Giveaway ^_^

Salam peeps..

Pernah 2-3kali join giveaway,tapi tak pernah ada luck untuk menang pun..saje gedik-gedik join..hihi.

Sekarang tiba-tiba rasa nak buat giveaway pulak.hihi..
ada tak yang mahu join?
^_______^

InsyaAllah dalam minggu ni or minggu depan saya akan announce :
~ The first giveaway by Leeyanaradhi~

Hadiah-hadiah giveaway semua by my handmade...^_^
tungguuuuuuuu...!!

daa~

Saturday, February 4, 2012

Wishlist (^_^)

Salam peeps..

Tengahari tadi masa di ofis saya buat rutin mingguan saya, call Mama n MIL..hihi..
Nak berborak panjang selalu saya akan call dari ofis je. FOC! ahakss
Disebabkan baru lepas balik dari kampung minggu lepas kan, so tak ada cerita banyak sangat la.

Bila call MIL macam biasa, cerita tudung la yang paling HOT..haha..
Memang setiap kali balik Kelantan, pasti paling tidak pun saya akan bawak balik KL sehelai tudung baru.hihi
Kualiti yang sama dengan tudung di KL, kita boleh dapat harga yang jauh lebih rendah, siapa yang tak nak kan? huhu
ok da melalut.. :p

Lepas call MIL, saya call mama. 
Sebab kalau call mama dulu, nanti dah cakap lama, tak sempat nak call MIL pulak sebab dah nak balik..haha
Start dari semalam hingga Selasa nanti, mama akan stay dengan cucunya yang bertiga (anak my sis) tu aje.
Yong ke Jakarta atas urusan kerja. My BIL pulak katanya akan balik (sis n BIL in long distance marriage sejak setahun lalu) tapi maybe dat tyme tak sampai lagi.

Mama cakap insyaAllah dalam bulan Julai dia akan buat Umrah dengan Mak We (sedara belah arwah papa). Mak We ejen sebuah travel agency - Utas Travel & Tours
Mama kata, Mak We nak arrange untuk rombongan nanti merasai dalam 5hari berpuasa di sana, means Mama akan bertolak dalam minggu terakhir before puasa. 
Seronoknya saya rasa. 

Sebenarnya Mama dah daftar untuk pergi Haji. Haji dengan Tabung Haji memang kena tunggu giliran yang lama. Mama kata giliran dia dalm 10tahun lagi. 
Sebak pula, bila mama sebut "kalau panjang umur mama,sempatlah nak pergi, kalau tak, tak sempatlah mama nak rasa jejak kaki di Tanah Suci"

Kalaulah duit saya banayk, nak je rasanya saya ikut mama. Semalam pun saya baru baca entry Yannie yang akan pergi umrah bulan depan ->klik utk entry itu
Bila baca entry Yannie, tiba-tiba saya teruja nak pergi umrah. 
Tadi pula, berborak dengan mama cerita pasal Umrah.
Lagi membuak-buak perasaan tu.
Terus tambah wishlist kat sidebar..ihiks..
Terus rasa semangat nak topup duit ASB dengan jayanya setiap bulan...hihi..
Saya tak cerita lagi dengan Radhi niat saya ni, tapi suami mana yang nak halang isteri buat kerja suci kan ^_^

Moga-moga doa dan niat saya ini dimakbulkan dan dipercepatkan.
Bila tengok gambar kawan-kawan pergi melancong sana sini ada juga teringin nak pergi. 
Tapi tak pernah nak masuk pulak dalam wishlist, sebab perasaan nak jugak tu datang waktu tengok gambar tu je.
Bila baca kisah Yannie dan dengar cerita Mama nak pergi Umrah, terus saya berazam nak cukupkan duit untuk ke tanah suci.

Really-really wish i could make it. amin..


InsyaAllah 1 day..amin

daa~

Friday, February 3, 2012

mood blogging down

Salam peeps..

Sorry coz lack of update sekarang ni..huhu
Tak tahu lah mood berblog tiba-tiba merudum, BW pun da jarang, FB pun kalau kat rumah, bukak aje.
Lastnye, Radhi yang main game dalam FB saya..hihih

Kat rumah sekarang, saya asyik golek sane, golek sini. 
Pastu bila terpandang kain felt yang dah makin banyak warna kt rumah tu, start dah menjahit..hihih..
Key-chain and baby booties yang org tempah ada laggi tak siap.
So aktiviti hujung minggu ni, kena settle semua tempahan craft orang...
Masa untuk bermalasan dah tamat...haha

Oh Maulidur Rasul ni banyak rancangan TV yang menarek..hihi..
ada jugak kene buat list setiap kali keluar iklan ni- kang terlupa pulak..hihi..

dah la ..jumpe lagi.
nak seru mood blogging..haha :p

bye!

Sunday, January 29, 2012

6 hari tanpa internet

Salam peeps...

AL-FATIHAH buat arwah Nenda Radhi yang telah pulang ke rahmatullah pada 
hari Selasa - 24Januari 2012 jam 5.45ptg.


Saya berkesempatan tengok : 
- arwah menghembuskan nafas terakhir
- saat jenazah dimandi dan dikafankan
- saat jenazah diturunkan ke dalam liang lahad
Alhamdulillah saya bangga punya suami yang bernama Mohd Radhi ini, dia buat saya menitikkan air mata tatkala dia sendiri dengan relahati turun kedalam liang lahad menyambut jenazah untuk dikebumikan.

Segalanya saya akan cerita dalam next entry.

Wednesday, January 18, 2012

Wordless Wednesday!! ~LovE~

Salam peeps...


I'm loving it!
~dah selamat sangkut dengan kunci kereta ...ngeee~ 
^____^

Sunday, January 15, 2012

14 Januari...

Salam peeps..

14 Januari 2012 genap sudah 5tahun saya menyulam cinta bersama insan tersayang yang kita suda sah menjadi suami selama 1tahun 7bulan seminggu 3hari..hihi

Ringkasnya, kami berkenalan masa belajar di sebuah institusi pengajian bawah Kementerian Belia & Sukan di Sepang Selangor.
Di hujung tahun 2005, saya menginjak ke semester 3 dan Radhi baru masuk sedang dalam minggu ta'aruf.
Menjadi kewajipan junior lelaki yang baru masuk akan dipendekkan rambut sehingga tinggal seinci sahaja. +.+
Di akhir minggu ta'aruf, saya dengan junior-junior sekolah elektronik, akan membersihkan kolam ikan di sekolah kami. ^_^
Rupa-rupanya ada mata yang memandang saya ketika saya asyik menangkap ikan dari kolam untuk dialihkan ke bekas lain. hik hik..
Tiba-tiba ada suara dari sekolah selenggara (maintenance) dengan muka tak malu bertanyakan nama saya. Saya pandang sekali imbas. 
Cess, baru masuk da gatal-gatal tanya nama senior..hahah *_^
Saya memang tak layan, dah la dialek pun cam ala-ala kelantan aje..tihihi.. 
*dat tyme memang berazam taknak pakwe orang kelantan* =)

Sejak hari itu saya memang perasan dia asyik pandang saya.. *mmg perasan giler!* 
Disebabkan saya ingat azam saya tu, saya buat tak tahu aje. Memang kalau boleh elak, saya elak untuk berselisih dengan dia bila berada di tempat kuliah.
Saya tak tahu dari mana dia tahu nama saya & dapat nombor telefon saya.
Budak lelaki kelas saya selalu cakap Radhi selalu datang bilik diorg bertanyakan hal saya, tapi diorg pun tak tahu dari mana Radhi tau nama saya & dapat nombor telefon saya. Masa tu memang pelik gila!
Korang ingat tak dulu kalau pakai celcom, boleh rakam suara dalam beberapa saat, then send to other celcom user secara free? haha..
Saya selalu dapat lagu-lagu dari Radhi dengan cara tu.haha
Dia suka indi band, so kebanyakkannya lagu indi la.
Dari situ kami start berSMS. Saya tak suka telefon, SMS ok. Dia akur! ^_^

Pernah dia ajak saya keluar, tapi saya cakap saya tak nak keluar dengan dia sehingga hari terakhir dia berada di kampus. ^_^
Dia terima dengan rela tanpa soalan lain. *masa ni hati dah dekat nak cair..hihi*
Jun 2006 dia start praktikal selama 3bulan. Tiba-tiba terasa pandangan saya kosong. Masa tu saya da semester 4. Dia praktikal di Kota Bharu, 3bulan juga saya tak nampak dia. Masa ni kami masih lagi berkawan. Bulan kedua dia praktikal baru dia telefon saya. Masa tu saya fikir dia dah tak ingat saya. So saya pun teruskan pengajian seperti biasa dan tiada lagi lagu yang diterima. huhu..
September 2006, dia kembali meneruskan pengajian setelah tamat praktikal. Hati tak keruan tatkala hari pertama nampak dia selepas 3bulan hilang dari mata. ^_^
Lepas tu, kami start rapat, setiap pagi sebelum dia sampai di kelas dia, dia akan lalu dikelas saya..hihi
Ingat tak iklan Fair & Lovely ~ tiap hari sayang! yang modelnya Anne Ngasri..ihii.Ingat tak cara suami Anne dalam iklan tu buat action tiap hari sayang..hiihi. dari jauh tangan tarik tekap ke dada..haha
Macam tu lah yang Radhi buat setiap kali dia lalu dan berhenti di pintu depan kelas saya. *saya duduk depan sekali dlm kelas* 
Kadang-kadang time pengajar masuk lambat/takda, dia datang kelas saya dengan muka slumber amek kerusi dan duduk depan saya. Dat tyme memang budak-budak kelas saya nak marah dah. haha.. tapi dia buat tak tahu aje.

Sehingga seminggu sebelum dia tamat pengajian, dia bagi saya ini. ^_^
Hati sangat terharu. Katanya dia start kumpul bahan dan buat lepas hari pertama dia terpandang saya di kolam ikan tu. 3bulan dia tinggalkan sebab praktikal jauh. 

Hari terakhir dia di kampus, lagu ini dia tujukan buat saya. ^_^

Padi-Menanti sebuah jawapan

Dan ketika itu, saya langsaikan janji saya pada dia untuk keluar dengan dia. :) Itupun saya dengan geng-geng rapat saya. Saya tidak keluar hanya berdua dengan dia. ^_*

Alhamduillah 14 Januari 2007, hati saya terbuka untuk menerima dia. Dan Alhamdulillah pelbagai dugaan silih berganti datang dalam percintaan kami, akhirnya 5 Jun 2010 kami selamat diijabkabulkan. 
InsyaAllah semoga percintaan & perkahwinan ini kekal hingga ke jannah dan semoga Allah makbulkan doa & harapan kami nan satu itu ..
Amin Yarabbal alamin.

I Love you till death hubby!

daa~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...