Friday, July 27, 2012

Shopping di Cosway

Assalamualaikum....

Dah masuk 7hari kita di bulan Ramadhan.Alhamdulillah.
Ini entry pertama saya dibulan Ramadhan. 1 dan 2 Ramadhan lalu, saya pulang ke kampung Radhi. Seronok berbuka di kampung. 
Pulang saja dari kampung, saya menghantar mak ke KLIA untuk menunaikan umrah dibulan mulia ini.
Mak tak berapa sihat masa hari mak bertolak. Later saya cerita di entry lain. *banyak entry saya hutang ni* huhu

Ini cerita semalam. Sebabkan terlalu mengantuk di ofis, waktu rehat tengah hari, saya ajak ofismate pergi Stokis Cosway. 

Nah, hasil rembatan! Sebenarnya ada lagi yang ofismate kirim, tapi yang di bawah ni je saya punya.
Total bill : RM211.20
huhu

Coklat tu first time saya beli. Sebenar tak ada dalam list, tapi nak cukupkan nilai untuk dapat kupon, saya tambah la coklat tu. Naseb sedap jugak. Coklat dia xberapa manis. Okla, saya tak suka coklat yang manis lekat ditekak, dark coklat pun saya tak suka. pahit pulak! huhu
harga - RM 10.90

Botol comel yang di depan sekali tu, losyen untuk elak kena gigit nyamuk. Ini berguna time balik kampung raya nanti. hehe. 
Baru ni balik kampung dapat 2-3 hasil gigitan nyamuk akibat mengantuk saya, saya tak sembur dulu bilik..offer - RM8.90 =)

Yang dalam plastik tu, bekas kedap udara nak letak VICO..Yess, saya minum Vico..hehe.
Kalau beli pun milo, saya beli pack kecik sekali, sebab saya jarang minum milo semata. Mesti saya akan buat jadi Neslo..Milo + Nescafe memang nikmat!..hehe
Saya tak ingat harga bekas tu. Ade 2. Muat la nak masuk Vico yang pack besar 900gram

Dalam kotak putih coklat tu adalah soap holder..hehe
Saya pakai shower gel tapi Radhi lagi suka pakai sabun ketul-ketul tu.
Sebelum ni sabun ketul tu, dia letak dalam bekas plastik taufu fa tu je..hehe saya tak suka tengok sabun tu cair dengan air, jadi berlendir, eeyuksss...
So saya ternampak soap holder tu dalam katalog baru ni, saya sambar aje la.
RM 4.90. =)


Yang bawah ni pencuci pinggan feveret saya. Saya kenal pencuci pinggan ni  masa belajar dulu lagi. Dat time saya pergi rumah kakak saya, masa tu dia menetap di Kelantan lagi. Wangi tau dish drop ni. Bau Epal.
Terus terpikat dan saya guna pencuci ni sejak awal tahun haritu baru nak masuk 2botol. Cecairnya pekat. Bancuh sikit je dengan air, memang dah banyak buih.
Bila basuh pinggan kaca yang jernih memang nampak bersihnya..hehe.
Ini bukan promote tau, ini kenyataan..hehe
harga - RM 7.90 *offer*
Kadang-kadang time offer diorg buat beli 3 free1 ..memang berbaloi.
tapi saya tak beli lah sampai banyak cmtu. Lame sangat tunggu nak beli semula. Nanti tak de reason nak pergi cosway. Sebab setakat ni, itu barang wajib selain dari barang cuci toilet.


Saya bukan promoter cosway yea. Cuma saya sekadar kongsikan kesoronakan dan kepuasan hati guna barang cosway ni. =)

^__^

daa~~

Wednesday, July 18, 2012

Wordless Wednesday ~ Yippieee =)

Assalamualaikum...


Rejeki! 

^___^

daa~~

Thursday, July 12, 2012

Kereta!!

Assalamualaikum..

Lagi seminggu nak sambut Ramadhan... =)
Seronok! Saya suka suasana bulan puasa. 
Time sahur bukak TV, dengar ustazah Azni ke ek namenye..ajar budak-budak baca Al-Quran.
Kadang-kadang saya pun ikut baca.. =)

Pheww...Awal puasa kami nak balik kelantan.
Sambut puasa dengan family in law saya.

Kereta saya dah cecah 81k++..huhu
So dah sampai masa untuk tukar timing belt.
Estimate tukar timing belt, kitorang dah tanye di satu kedai hari tu, RM 450..huhu

Tayar depan pun kena tukar dah tu 2 biji..huhu
Haritu bulan 1 ke bulan 2 tah dah tukar tayar belakang, suami seponser! haha
Kali ni tiada lagi seponser kerana Radhi pun nak tukar tayar scrambler die jugak..
Suami gatai nak tukar tayar off-road. Saya tak bagi sebab tak pernah ke off-road pun, membazir sajo!

Saya da siap sedia duet bonus hari tu, 1k dalam simpanan yang ditolak awal-awal masuk ASB khas untuk tukar timing belt dan tayar ni..huhu
Kalau letak dalam bank simpanan, mesti lesap kena korek dah..haha
So minggu depan or weekend ni selamat la kereta bertiming belt baru dan bertayar baru didepan.hehe..

Bila kereta dan masuk 4tahun mula la banyak yang kena tukar sana -sini kan?
Kalau tahan nak sambung utang banyak tahun lagi, boleh la tukar kereta baru! 
haha..
Bagi saya, saya sayang sebenarnya! 
Kereta ni adalah hasil kerja saya di tahun pertama bekerja di company ini!..hehe

^___^

daa~~

Wednesday, July 11, 2012

stop!

Assalamualaikum...

tiba-tiba tak diduga
dikau berdiri di hadapan mata
mengembalikan nostalgia memori bersama
membisu seribu makna, rahsia terbenam didada

Choii betul, pagi-pagi ni saya terdengar lagu yang buat hati tersekat seketika.
Kisah 14tahun dulu...
Zaman sekolah menengah, sekolah saya dibelakang sekolah Mr.M
Kami kenal dari zaman sekolah rendah lagi.
Mungkin darjat memisahkan kami.
~Kau bagai Enggang, Aku bagai pipit~

Tak kusedar sekali lagi
ku jatuh hati dengan kewanitaanmu
pada malam yang sempurna terpegun daku terpesona
Keanggunan lembut bicara 
kita berdua bagai rela
jatuh cinta tuk kali kedua....

Kehadiranmu disisiku
saat ku perlukan..perlukan teman yang setia

Melenyapkan dilema yang melanda
walaupun seketika kau bawa harapan
sememangnya ku sedar dan tahu
tiada wanita didunia setandingmu..


Tahniah buat Mr.M dan isteri yang baru dianugerahkan putera pertama, 
Little A (macam nama baby acik nana =))
Selamat menjadi ibu dan ayah dan mendidik anak menjadi hamba Allah yang soleh.amin

#kami still connect dlm fb, tp jarang tegur. Radhi pun tahu. =) Dia tahu wife dia ni setia..haha..sebab tu dia tak kisah. Kami berdua  bukan jenis yang kuat jealous dan sejak bercinta lagi janji kami adalah tidak mengongkong satu sama lain.#

p/s: Mr.M ni kazen kepada pelakon lelaki yang tengah meningkat naik skrg..huhu

ok stop mengelamun..choi betul ter'play all' masuk list media player lagu ni..huhu
:p

^__^

daa~~

Monday, July 9, 2012

Percutian RnR di Kuching ~ Day 1

Assalamualaikum..

Seminggu berlalu lepas kami pulang dari Bumi Kenyalang. Ini impian saya dari sekolah rendah nak jejak kaki ke Negeri Santubong ni.
Alhamdulillah Allah makbulkan =)

Kami berlepas ke Sarawak dengan penerbangan Air Asia Airbus A320 jam 1145pagi pada hari Sabtu 30 Jun 2012.
Gambar dalam flight tak dapat nak di snap sebab, sepatutnya saya duduk di tepi tingkap dan Radhi duduk disebelah saya. Tapi sebab saya sampai LCCT pun ngam-ngam choi 5minit sebelum gate tutup, seat saya dah diduduki oleh sorang nyonya Sarawak yang baru pulang dari China. huhu..
Kudos untuk kakak dan abg ipar saya yang sudi hantar ke LCCT, dan kereta avanza dipandu dengan kelajuan 140km/jam..haha

Setelah 1jam 40minit di awangan, kami selamat jejak kaki di Kuching International Airport (KIA) jam 1.25ptg.

Signboard bertentangan KIA

Posing dulu - mengahabiskan masa tunggu kereta sewa dihantar.



Oh yea! Percutian kami adalah bersama BFF. Tahun ni kita terbang jauh sket. Tahun lepas kami bercuti bersama di Cameron Highland. Untuk tahun depan, lokasi telah dikesan. Perbincangan lanjut akan di buat selepas raya.hehe.

Inilah kereta sewa kami sepanjang 4hari 3malam di Kuching.
Untuk price yang kami dapat, saya akan buat separate entry yea.
 Sekali dengan sewa hotel, tiket flight! ;)


Disebabkan berkejar ke LCCT, kami tak sempat makan atau isi perut dulu. Dalam flight pun kami tak amek makanan. Nyonya sebelah makan satay ayam gemuk-gemuk, saya dan Radhi amek bau aje!..hehe
Dapat aje kereta, Radhi terus on papago kat handphone dia dan kami menuju ke hotel untuk check in dan simpan barang dulu.
Satu tips yang saya nak share # kalau dah sampai waktu boleh check in hotel, pergi saje check in dulu dan simpan beg di dalam bilik. Ini boleh menjimatkan sedikit penggunaan minyak kereta kerana kurangnya muatan didlm kereta. =)

Sesudah simpan barang, kami terus menuju ke RJ Ayam Bakar yang saya nampak semasa perjalanan menuju ke hotel tadi..hehe..

Ini gambar di meja makan kami @ RJ Ayam Bakar.
Saya dan Radhi makan Ayam Penyet.
Eyda & Azrul makan nasi bawal bakar. =)
Disini kalau ayam penyet biasa : hanya ada nasi putih, ulam-ulaman dan ayam penyet serta sambal.
Jika nasi ayam penyet special : sama seperti ayam penyet biasa cuma yang specialnya ada tauhu goreng dan tempe goreng. bagi kita disini, semua sama aje kan? hehe
Saya ofkos pilih yang special. Radhi pilih yang biasa aje, sebab dia tak makan tempe! huhu
Total : RM 48.90


Siap makan, kitorg parking semula kereta di kawasan hotel dan bercinta sambil berjalan kaki di kawasan waterfront. Yang sayup di seberang sungai tu adalah bangunan Dewan Undangan negeri (DUN).
Masa kami berjalan di tepi sungai tu, baru lepas hujan. So tak de lah panas sangat.hihi..angin sepoi-sepoi gitu..hihi

Tempat wajib bergambar bila berkunjung ke Kuching. Ke tugu Kuching ni pun, kami hanya berjalan kaki dari waterfront juga tidak jauh dari hotel kami.
Masa nak amnil gambar di tugu ni, sangat ramai orang. Kami macam biasa, buat relax aje dan biarkan orang semua bergambar dl. Lepas tu tinggal kami berempat aje kat situ.hihi. Memang galak berposing, orang dalam kereta dan motor yang lalu lalang dok tengok aje kami.haha

Siap bergambar di tempat wajib, kitorg pulang ke hotel dalam jam 5.30ptg untuk solat asar dan rehat.


Lepas solat maghrib,dalam jam 8malam kami keluar semula. Malam tu kami dinner di Pizza hut sebab ada kupon beli hot tiket yang Eyda simpan tarikh akhirnya adalah 30Jun. So malam tu makanlah pizza. Tapi pizza dia xgebu sangat. tak tahulah diorg makan pizza macam tu ke ataupun diorg tak cukup masak sebab memang padat giler pizza hut malam tu.huhu.

Siap makan, kitorg berjalan semula di waterfront. Menikmati suasana malam di tepi sungai.hihi..
Meriah jugak malam-malam. Kami duduk di kerusi yang disediakan sambil borak-borak dengan badut yang buat bentuk-bentuk dari belon tu. hehe..
Dalam pukul 11 kitorg balik bilik untuk merehatkan mata dan sambung berjalan esok harinya.hihi


that's all for day 1.

bersambung utk day 2 - perjalanan yang jauh ke pasar satok- pasar serikin- semenggoh wildlife.

^__^

daa~~

Thursday, July 5, 2012

Daiso di Jusco Equine Park

Assalamualaikum..

Yeayy! Daiso sudah dibuka di Jusco Equine park..hehe


Saya memang hantu kedai ni..hihi..Tak beli, pergi jenguk aje pun tak pe..hihi
Selalu saya akan 'melawat' Daiso yang di IOI Mall.

Daiso di Jusco Equine Park ni letaknya sederet dengan Aeon credit & Pejabat Pos. 
Elokla Daiso ni berdepan pulak dengan Mr.DIY. huhu.
Mr.DIY adalah kedai feveret Radhi. Tiap kali pergi Jusco mesti wajib masuk Mr.DIY.huhu
So lepas ni kami ada tempat wajib masing-masingla tiap kali pergi Jusco.hehe..

Kepada peminat kedai Daiso yang tinggal di area Seri Kembangan, marilah kita memadatkan kedai ni..hehe

^___^

daa~~

Wednesday, July 4, 2012

Percutian RnR di Kuching ~ TeASeR =)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah selamat jejak kaki ke KL semula setelah 4hari di Kuching.

As teaser, nah saya tepek A MUST SHOOT @ Kuching..hehe


muka penat tunggu turn nak bergambar kat situ..huhu, time kitorg pergi situ ramai pulak orangnye..

later saya share lagi yea...=)

^__^

daa~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...