Tuesday, August 26, 2014

Free Palestin bersama Heliza Helmi - terkesan di hati

Assalamualaikum...

Siang tadi (read : semalam) ada kempen free Palestin dan tahlil untuk MH370, MH17 dan Gaza. Bila cakap pasal Palestin sure teringat tentang Aman Palestin. Bila sebut Aman Palestin, dalam kepala aku teringat Heliza Helmi dan Diana Amir. Sebab aku memang follow instagram diorang berdua ni sejak diorang ke Gaza dulu.

Cuma yang datang ke tadi Heliza Helmi je, mungkin Diana Amir dah ada komitmen lain sejak bergelar isteri. =) Alhamdulillah. Terdetik dihati memangla nak bergambar dengan Heliza, tapi aku da agak sure ramai yang terkejar nak bergambar dengan dia. So aku tak letak harapan la nak bergambar, ade rezeki ada. Lagi pun time kerja kan..huhu...

Aku sampai kat bangunan sebelah lebih kurang pukul 1ptg, masa tu tetamu VVIP belum sampai. Merayau punya merayau dalam lobby TMNET tu, sempatlah membeli mafla Palestin. yeay! Punyala ramai orang duduk depan pentas, aku and da gang duduk hujung sekali dekat pintu masuk utama. Malas nk bersesak depan pentas.

Dipendekkan cerita, Heliza ada berkongsi pengalaman dia masa dia ke Gaza dulu. Disebabkan kedudukan tempat aku duduk agak jauh dari pentas, so cerita yang Heliza kongsi tu agak kelam2 aku dengar sebab suara macam bergema mungkin sebab dalam bangunan tu dan aku duduk jauh dari pentas. Tpi dapat jugakla tengok video-video dan gambar yang dia kongsi.

Sebelum tamat sesi bersama Heliza tu, dia ada mendendangkan satu lagu yang memang aku belum pernah dengar. Masya-Allah sangat sedap suara dia, lagu tu sangat terkesan di hati aku. sungguh mendayu-dayu.
Yang sangat-sangat terkesan menusuk qolbu aku bait lirik nya...
La Tahzan Robbuna Ma'ana...Jangan sedih Allah bersama kita...

Time diulang ayat tu memang terasa nak menitik air mata aku. Tapi kontrol la, ramai orang tu. Dah la ada aku tak kenal sesape tah. Kalau officemate aku je semua, memang pedulikla aku nk menangis pun..hehe..

Bila sedih aku selalu tercari-cari dengan siapa aku nak bercerita kesedihan aku, tapi bila aku dengar lagu ni alhamdulillah aku rasa aku dah tahu dengan siapa sepatutnya aku bercerita. InsyaAllah DIA sentiasa mendengar.

Nah, aku share lagu tu dari youtube.

Friday, August 15, 2014

Congrats brother in law.. hi new biras.. =)

Assalamualaikum..

Alhamdulillah Jumaat lepas 8 Ogos 2014, adik ipar aku - Farid selamat menjadi suami orang. Wife dia orang Kelantan juga, setakat ni aku la satu-satunya menantu ma & abah orang luar... weeee ;)

Majlis nikah dan Majlis kahwin di sebelah Anis aku & Radhi tak dapat attend disebabkan Radhi dah start kelas lepas cuti raya haritu. InsyaAllah masa entry ni terpublish aku & Radhi dalam perjalanan pulang ke Kelantan untuk meraikan Majlis kesyukuran sambut menantu pada hari Sabtu - esok.

Minggu depan aku kongsi gambar majlis sebelah Anis dan majlis sambut menantu nanti yea. Ni aku jamu sekeping gambar nikah diorang.. hehe..


Muka Anis tak nampak pulak..hehe.. nantilah aku minta gambar yang nampak muka dia..

# semalam MIL aku call, bagi tugas kat aku suruh masak lauk pengantin- siakap 3 rasa... aiyooooo...serammm..dah lama tak masak 3rasa..ni mesti abah yg suruh ni.. alahai abahhhh menantu sulung ni nak melaram baju comey la esok....hahaha.. :)

~doakan perjalanan pergi dan balik kami lancar dan selamat.. ameen~

^_^
daa~~


Monday, July 14, 2014

Cerita Ramadhan kami

Assalamualaikum...

Lama gila aku menyepi dari blog ni. Blogwalking pun jarang kecuali ada benda yang aku cari, aku terjah la kejap-kejap blog tu.

Alhamdulillah dah separuh perjalanan Ramadhan kita kali ni. Kurang lebih dua minggu lagi kita akan sambut Syawal. This year aku beraya belah Radhi dulu.Ya ampun siapla berjam-jam dalam kereta nanti. hehe.. Raya kali ni, kami tak cuti panjang sebab dua minggu lepas raya nanti, kami akan balik semula ke Kelantan atas sebab majlis kesyukuran perkahwinan adik iparku, Farid. Tak boleh balik lama, sebab Radhi ada kelas.. Itupun waktu nikah dan majlis sebelah perempuan kami tak dapat balik. Radhi ada kelas, tak dapat nak excuse.

Tahun ni tahun kelima Ramadhan aku sebagai isteri orang. Cite lawaknye, tiap kali Ramadhan since Ramadhan pertama kami kahwin, mesti akan ada kejadian tak sedar sahur. Ramadhan kali ni je dah 3kali tak silap aku tak sedar sahur. Aku tak kisah la lagi tak sahur pun, lawan jugak la nak menahan tu. Radhi tu aku kesian, sebab dia kerja berat dah la kerja site berpanas bagai. Haus tu memang wajib la, tang lapar tu.. sebab suamiku memang orang kampung sejati katanya, makan nasi wajib. Aku pulak kalau makan nasi time sahur, cepat je perut ni berbunyi-bunyi. So biasanya sahur tu aku makan kuih yang tak habis masa berbuka tu ataupun aku makan roti dengan air susu je. Pastu aku minum Qaseh Gold 2sudu. Owh ye, dah 4botol aku minum Qaseh Gold. So far memang serasi dengan badan aku. Radhi pun amik jugak Qaseh Gold Kekanda tu, dia memang susah nak telan kurma sebiji-sebiji tu, ikut mood dia. Tu yang aku suruh dia amalkan Qaseh Gold tu. Tapi ikut mood dia juga, aritu ex-classmate aku baru balik umrah bagi kurma ajwa sebekas. Aku rasa aku sempat merasa sebiji je, the rest dia yang ngap habiskan. Aku naik mandi dia tak makan lagi, aku turun bawah siap mandi, habis dah sebekas tinggal biji je. Sedih gak, tapi syukurla dia makan jugak sebab dah jenis orang payah nak telan kurma kan. Bila dia makan aku bersyukur la.

Tu jela bebelan aku kali ni. InsyaAllah nanti aku cuba untuk tidak membiarkan blog aku kesepian dan berhabuk...heheh..

Salam Ramadhan!

^___^
daa~~

Wednesday, May 14, 2014

Resepi kuih seri muka

Assalamualaikum...

Lama dah aku tak share resepi dalam blog ni..hehe.. ahad baru ni aku buat kuih seri muka, kononnya nak bawak pergi rumah yong, tapi diorg semua pergi rumah ibu kat Kg.Bharu. Radhi pulak tak de, kelas. Tunggu dia balik kelas, lambat pulak. So cancel pergi rumah yong.

Kuih seri muka ni memang kuih favorite Radhi, memang suka sangatlah dia bila aku buat tu. Seloyang tu dia boleh habiskan sorang je. huhu .. aku memang kureng sket kuih pulut-pulut ni, sebab nanti aku cepat sebu - angin gitu...serba tak kena nanti. so kalau aku makan pun yang pulut-pulut ni, beringat jugakla. Untung radhi takyah berebut kuih favorite dengan bini..haha

Ok so aku share la resepi tu. Tak silap sepanjang kahwin, ni kali ke-3 aku buat seri muka ni. Resepi asal aku ambil dari buku 1 Hari 1 Resepi Chef Hanieliza tu. Aku memang ade beli buku tu. Agak-agak buntu nak masak ape, aku selak je buku tu.

Bahan A (pulut)

2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan cair
1/2 sudu kecil garam

Bahan B (pandan)

2 cawan santan pekat
1 cawan air tapisan daun pandan (aku blend)
1/2 cawan tepung gandum (aku ayak dulu)
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil pewarna hijau
1/2 cawan gula pasir
1 sudu teh garam
1 biji telur

Cara-cara

- Rendam pulut beberapa jam sebelum mula buat kuih ( aku rendam dalam 4jam)
- Campurkan semua bahan A dalam loyang dan kukus hingga pulut masak
- Tekan pulut yang dah masak tu, sarung tangan dengan plastik bersih untuk senang tekan sebab pulut tu       panas. Tekan sampai mampat n cantik.
- Sebatikan semua bahan B dalam mangkuk lain dulu.
- Masak sedikit bahan B tadi atas kuali tidak melekat hingga agak pekat  (api palinggg minima)
- Kemudian, tuang atas pulut yang telah dimampatkan tadi.
- Kukuskan semula hingga bahagian pandan masak.
- Cucuk sikit bahagian atas untuk pastikan dah betul2 masak. Kalau tak melekat pada lidi/garfu tu kira dah   masak la tu. anggaran masak bhgn atas tu dalam 20-30minit.
- Siap dimasak, biarkan sejuk sedikit sebelum di potong. Potong panas2 nanti tak comey!..hehe

tips aku : sukat semua yang guna cawan dengan gunakan cawan yang sama!!!!

nahhhh.. ni hasilnya yang aku buat..malam isnin tu dah selamat semuanya...huhu


S.E.L.A.M.A.T    M.E.N.C.O.B.A.!!



^____^
daa~~

Tuesday, April 22, 2014

Wedding Preps..

Asslamualaikum...

Alhamdulillah legaaa rasanya exam dah settle. Paper semalam, so far aku puas hati... =)

tidakkk tidakkk..wedding preps seperti tajuk entry aku tu, bukan untuk aku.. Adik ipar aku, si Farid nak kahwin, InsyaAllah Ogos nanti. Yea farid baru grad dari Uniten November last year. Dan baru kerja sebulan di TNB Tasik Kenyir, then plan untuk kahwin. Mulanya kami ipar2 & adik-beradik yang dah kahwin macam agak tak setuju dengan keputusan dia untuk kahwin ni, yela sebab baru je sangat-sangat kerja kan. Tapi bila difikirkan, ape lah sangat aku nak menentang. Yang terbaik pun kami dah cakap so jalan terakhir, kami doakan yang terbaik saje untuk adik kami ni.

Dan sekarang, setelah 4tahun aku tinggalkan aktiviti weddings preps ni..aku seronok sangat nak buat segala mak nenek DIY dalam kepala aku ni. bakal biras baru aku, Anis kerja kat Putrajaya and dalam family dia, dialah yang pertama akan berumahtangga.. so dia banyak bertanya pada aku. sebolehnya aku bagi idea yang boleh aku share. aku terlebih esaited ok...haha..

InsyaAllah 2minggu lagi aku n radhi akan balik kampung (so sad balik time wikdays, habessss annual leaveku) - Radhi taknak balik time wiken sebab dia taknak ponteng kelas katanya. Bagusnya sayangku!..hehe..Haritu call MIL aku, dia dah plan macam-macam time kami balik nanti, ajak pergi seberang thailand cari kain buat baju family untuk kenduri, diskas untuk doorgift, and aku ade plan dengan adik ipar aku yang bongsu..surprise untuk Farid ms sambut menantu nanti..hehe.. sekarang kerja-kerja mengumpul bahan untuk surprise tu. Aku tak boleh bagitahu sini, sebab aku takut Anis baca blog aku..kekeke..

Ada lebih kurang 4bulan lagi menjelang majlis, aku mengidam nak pakai peplum nanti..kekek...Harap-harapnye sempat aku turunkan lagi more and more and more berat badan aku..chaiyokkkk!!! Tapi kalau dah sampai rezeki aku n Radhi, ditakdirkan aku pregnant takde makne la nak berpeplum...hehe InsyaAllah aamiin...

The most important thing yang aku agak esaited untuk berpeplum sebab.......


yeaaa...TURQUOISE....theme colour sebelah kami nanti..seingat aku, aku tak pernah pakai warna ni..disebabkan warna ni lembut, tu yang aku sibuk nak menguruskan badan lagi...heheh

^____^
daa~~


Sunday, April 20, 2014

Last Paper

Assalamualaikum...

Petang ni aku akan sit untuk last paper bagi semester 5 ni.. Setelah ditambah tolak darab bahagi, InsyaAllah ada lagi lbh krg 9sem untuk aku grad.. phewwww.. 3tahun gak tu, habis hutang kereta, habis study..yippieeee!!

Ohh! sem depan aku defer jap.. nak berehat, nak selesaikan beberapa task dalam schedule aku. Semoga semua task berjaya dilaksanakan dalam masa 4bulan tu . September aku register semula untuk semester 6.. Kalau masa diploma dulu semester 6 dah last semester dah tu.. tengah huha huha buat projek akhir....

So okayla nak get ready, final review utk ptg ni..Lepas zuhur gerak, paper pukul 3petang.. see ya!

^__^
daa~~

Thursday, April 10, 2014

Speechless

Assalamualaikum..

Semalam aku cuti, abah (pak mentuaku) datang ajak berjalan, so aku and Radhi EL. Selasa malam tu aku betul-betul rasa kecewa dan frust dan ada satu gambar aku up dekat instagram aku.

Pagi semalam masa on the way nak ke rumah adik ipar aku di Sungai Buloh, aku bukak fb. Aku memang takkan terjah wall n profile orang, just go thru news feed kt home je. Sampai satu part, dengan memang takde tag nama aku pun, aku nampak ni..


Terus berlinang air mata aku dan aku speechless tak tahu nak cakap apa. Dia repost gambar di instagram aku dengan caption yang sangat buat aku terasa disayangi. Sebab nak control air mata turun takut panjang plak cerita dengan Radhi, aku pandang kiri terus lap air mata yang bergenang tu dengan lengan baju. Nasib Radhi tak perasan.

Untuk Mid, terima kasih...kak oleen sayang mid dunia akhirat. semoga persahabatan kita berakhir hingga ke Jannah, dik!

-Kadang-kadang orang yang kita jangka akan faham perasaan dan hati kita sebenarnya mulut je bermain kata-kata. sebaliknya orang yang jarang melahirkan kefahaman atas segala ujian kita, orang tu la sebenarnya yang ikhlas bersama kita.-

daa~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...