Wednesday, June 27, 2012

Episod tak sabar!

Assalamualaikum...


3days to go! yabeda bedoooooo...

Minggu ni gi kerja pakai baju kurung aje la sampai jumaat.hihi
Tak nak pakai casual sebab semua baju yang selalu pakai tu, nak digulung masuk dalam bagpack.hihi
 Yes, sy mmg suka gulung baju masuk bag, lagi menjimatkan space rasanya.ihihi.
Backpack 'The North Face' saya hanya yang 45liter je. Itu yang saya punya.
Masa beli yang saya punya tu, saya cuma pendam dlm hati yang yang kaler merah. hihi..
Radhi nak kaler blueblack. Tapi rupanya, dia lagi cerewet dari saya. Dia tak jumpa yang berkenan di hati.
Sudahnya bag saya je dapat disambar.

Untuk terbang sabtu ni, saya pinjam lagi satu bagpack dari ofismate. Tu yang kecik je, saje kot-kot ade benda nak selit-selit bawak lagi..hihi..Saya tak minat dengan bag tarik-tarik ala-ala Akademi Fantasia tu..Susah dan menyusahkan..huhu.. 
Owh itu depend on yourself!
Saya lebih suka bag sandang dibelakang, lebih Rare! *rare la sgt..wewewew*
haha

Biarlah orang kata Kuching tak best pun! Saya pergi nak tengok-tengok tempat orang lantas melengkapkan edisi "RnR Jejak 1Malaysia"....
RnR adalah shortform untuk nama saya n Radhi..ihih
=)

^__^

daa~~


Friday, June 22, 2012

Rahsia surah Al-Kautsar

Assalamualaikum...




" Rahsia Surah Al-Kautsar "

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda(SAW) bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.


^___^

daa~~

Thursday, June 21, 2012

Tazkirah 1 Syaaban

Assalamualaikum..


Tazkirah 1 Syaaban



p/s : special dedicated to all my TTC Corner friends.. sayang kamu! 
group hugs!

^__^

daa~~

Wednesday, June 20, 2012

Kakak saya nak jadi penulis

Assalamualaikum...

Meh nak share sikit pada sape yang suka baca novel online.hehe

Dulu cita-cita kakak saya, nak jadi penulis novel, tapi dah amek bidang engineering dan jadi pensyarah terpaksa tinggalkan cita-cita jadi penulis novel..hehe.. :p

Sekarang dia da ada blog. 
Dalam blog dia, dia da start menulis semula. 

Pada siapa yang suka membaca cerita/novel tu bolehla jenguk dan support kakak saya.

Ini link blog dia.


Kakak saya masih baru dengan blog. So jangan pening mencari sambungan cerita tu yea.
Tengok pada blog achieve yang senang.
Tajuknya : Tabahkah Aku.

Selamat membaca!

^___^

daa~~

Tuesday, June 19, 2012

Seindah sakura vs Dejavu di Kinabalu

Assalamualaikum..

Tak habis lagi demam seindah sakura saya.hihi.
Saya bukan peminat Fasha Sandha tapi saya memang peminat Fahrin Ahmad. Sebab ada Fasha Sandha dalam cerita Seindah Sakura tu, saya tak nak tengok pada mulanya ceita tu walaupun ada Fahrin Ahmad.hehe..

Masa episod ketiga tak silap saya, tv terpasang cerita tu saya tengah masak, Radhi pulak tengah sibuk dengan laptop dia. Saya cuma jeling-jeling je cerita tu kejap-kejap. Bila dengar lagu ost cerita tu, terus saya rasa macam nak tengok.hihi..Lagu-lagu dalam cerita tu best kan?
In fact saya dah pun jadikan salah sat lagu dalam cerita tu sebagai ringtone bila Radhi call..hihih..
Kami berdua download lagu tu then kitorg cut lagu tu untuk suit bait-bait yang saya nak..hihi..

Saya rasa cerita seindah sakura tu lah cerita pertama lakonan Fasha Sandha yang saya suka. Lakonannya nampak ikhlas dan tak la over macam cerita lain. Owh sorry pada big fan Fasha Sandha. It just my 2 cents...hehe jangan maraaaaa aaaaaaa...hihih

Novel seindah sakura, kakak saya yang akan beli.. kan yong kan? hehe..
nanti kita tukar ek?

Slot akasia yang baru ni ~ dejavu di Kinabalu. Alahaiiii saya kurng sikit dengan Aqasha. Dulu-dulu saya suka jugakla. Tapi sejak lagu gigit-gigit cuping telinga tu..dushhhhh terus jadi cam geli geleman ajo..haha..
Cerita ni baru satu episod. Semalam saya balik kerja penat rasanya,pastu kepala sakit. Start cerita tu saya baring, entah cemana masa Tiz Zaqyah jatuh terjelepuk kat Airport tu, saya da terpejam. Itu je last yang saya ingat.hehe.. Lepas tu hanyut, sedar-sedar Radhi kejut sebab nak azan Maghrib.hihi.. Saya bangun cuci muka, kelurkan ikan dari freeze nak defrost lepas tu saya solat maghrib. Memang tak ada feel nak tengok cerita tu lagi kot. Tunggu la kot-kot da sampai part tengah-tengah ke, boley layan kan..hihi

By the way, ini novel jugak ke ek?
Habisla semua novel diadaptasi. huhu..

Drama Bicara Hati kat Astro Prima tu pun tak habis-habis lagi kan? huhu


^__^

daa~~




Monday, June 18, 2012

Baca & korang pasti tersenyum..hihi

Assalamualaikum..

Adakah semasa kecil dulu korang pernah buat perkara perkara berikut?

1. Buka kipas meja , cakap dengan kipas sebab nak dengar suara bertukar.


2. Naik kereta dan tengok bulan. Ingat bulan tu ikut kita.

3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari "handle", rasa hebat.
4. Masa sekolah, ade orang bagi milo percuma, lepas ambil sekali menyamar jadi orang lain, ambil milo lagi sekali.
5. Masa sekolah, ade orang dtg jual vitagen/susu/buku/barang, bawak balik list, mintak duit nak beli kat mak bapak.
6. Lukis burung guna huruf M atau V
7. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit
8. Masa kecil fikir bentuk hati yang sebenar macam ni --->
♥
9. Tutup pintu peti ais perlahan lahan, sebab hendak tengok lampu peti ais padam.


10. Kalau tak siap kerja sekolah , sengaja tinggalkan buku latihan di rumah.
11. Pergi dekat peti ais tempat freezer atas tu dan bubuh muka kasi sejuk.


12. Main game Pacman atau Mario
13. Main lubang tikus
14. Mintak biodata kawan2
15. Kalau pergi shopping mesti pergi tempat TOY dulu.
16. Buat jet kertas


17. Tengok Power Rangers, Flashman, Maskman, etc.
18. Lawan pemadam
19. Penggal/Tuju selipar

20. Main bubble wrap
 - ala yang plastik gelembung-gelumbung yang selalu ada dlm tin biskut tu.hehe..


Mesti korang senyum-senyum baca semua ni kan, pastu teringat korang benda-benda ni kecik -kecik dulu..hihi


^___^

daa~~


Friday, June 15, 2012

Rezeki hari Jumaat

Assalamualaikum..

Rutin hari jumaat bila kerja xbz adalah telefon mak mertua saya.hihi
Minggu lepas tak sempat telefon pun, sebab kebizian yang teramat sangat..huhu

Saya telefon tadi, mak mertua tengah masak lauk nak bawak pergi asrama adik ipar saya yang bongsu lepas abah balik solat jumaat.
Borak-borak punya borak, saya cakap la yang kami akan balik kampung untuk sambut puasa nanti. Tapi mungkin tak balik lama la. Buka puasa hari pertama dirumah mak mertua, buka puasa hari kedua dirumah tok Radhi di kampung sebelah. Lepas berbuka, siap-siap solat terus balik KL, sebab Isnin tu nanti mak saya pulak nak berangkat menunaikan umrah. huhu dah siap planning semua.
Harap-harap dipermudahkan =)

Lepas borak pasal puasa tu dengan ma, ma cakap dia ada hadiah untuk saya. Wahhh dalam hati da girang gumbira.haha...
Saya tanya hadiah apa pulak? Ma cakap saje nak kasi hadiah kat saya. Dia cakap, dia tengok saya tak ada lagi benda tu, so dia beli la untuk saya.huhu

Nak tau ape benda tu?hehe
jeng jeng jeng....

"Seutas rantai emas"

(^__^)

Saya memang tak sangka sangat. Dan mungkin mak mertua saya ada instinct kot. Saya memang tengah kumpul-kumpul duit nak beli rantai emas. tapi selalu je la lari ke lain budgetnya..hihi..Ditambah pulak harga emas melambung.huhu..Tapi saya tahu itu kehendak, bukan keperluan.
Nak buat emas jadi aset pelaburan pun, saya belum terbuka hati lagi nak buat benda-benda tu semua. 
Sebab tu saya takla terkejar-kejar sangat untuk simpan duit beli rantai. hehe..Tak ada siapa pun tahu saya simpan duit untuk beli rantai, Radhi pun tak tahu, cuma dulu lepas kawen saya cakap kat dia, duit mas kawen yg dia bagi tu saya nak buat beli rantai, tapi kena tambah lagi la. Dia cuma kata, ikutlah!.huhu
Dan saya rasa dia pun dah lupa pasal itu..huhu

Segan pulak dengan mak mertua.hihi..
Saya tahu dia ikhlas sebab dia memang suka benda-benda camni. Cucu pertama dia tu pun, dia bagi set set rantai dengan gelang. Telinga pun da kena tindik tu seawal umur setahun.hadiah hari jadi aritu, tokma bagi.hehe

InsyaAllah ada rezeki lebih nanti saya bagi hadiah kat ma pulak. Sekarang ni budget untuk tambah duit belanja untuk mak ke umrah. Saya cuma berharap mak selamat pergi dan selamat pulang. 
Hanya satu yang saya nak minta mak buat untuk saya disana nanti, doanya agar saya dikurniakan zuriat.

^__^

daa~~





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...