Monday, June 11, 2012

London vs Australia ^_*

Assalamualaikum..

Malam tadi masa dalam perjalanan balik dari rumah abang saya, kami borak-borak pasal kerja. Plus dari Sg.buloh ke saujana putra agak sunyi, yela time tu dah pukul 1245tgh mlm. Mungkin ramai juga yang dah tido dan ramai yang dah terpaku depan TV tengok Euro 2012.hehe..Tengah-tengah jalan yang sunyi tu, ada jugak la sekumpulan mat rempit dengan motor RXZ buat aksi superman atas motor dengan laju ke kiri-ke kanan jalan. Saya kalau nampak mat rempit camni, memang macam-macam yang keluar dari mulut saya. Nak sangat tengok diorang tergolek depan mata, Padan muka.. menyusahkan orang je!

Dah lepas tgk aksi spiderman yangtak bertauliah tu, terkeluar dari mulut Radhi, suh saya tengok tiket flight ke London. Dalam hati masa tu dah terfikir, demam kot suamiku ni..hehe..
Saya tanya dia nak buat apa? Dia jawab,
" Ayang tengok aje la, abang nak jejak kaki ke sana,"
Saya senyum- senyum kambing pandang dia yang tengah drive tu..hehe
Mungkin dia pun dapat rasa saya tengah, menganjing dia , terus dia cakap.
"Abang cakap betul-betul ni, tak main-main" dengan muka serius.
Saya pun layan aje la.tapi dalam hati nak gelak jugak..Saya tak pernah terfikir yang dia akan cakap macam tu.
Apa pun saya tetapkan doakan impian dia tercapai.hehe. *semestinya dia tak kan tinggalkan wife dia ni kan :p*

Kebetulan pagi ni di ofis, saya tak ada banyak access yang perlu dibuat ad-hoc, cuma ada yang follow up saje, so saya bukak la web MAS. Sekali tengok perghhhh nak terkeluar bijik mata tengok flight return utk sorang..uhuh..Memang saya tak mengharap pun pergi sana, macam membazir. Saya dan suami bukanlah yang berpendapatan hingga 4k sebulan..huhu..Tapi saya tetap akan sokong impian Radhi tu. =)
Dah tengok tiket pergi London, saya cuci mata pulak bukak web Air Asia.
Saya tengok tiket ke Gold Coast. Hurm agak okla kalau kena dengan plan untuk jangka masa panjang. =)

Saya text dekat Radhi dengan apa yang saya tengok tu.hehe
Untuk London tu dia cakap paling awal 2014 boleh pegi, lepas tu saya propose pulak dekat dia apa yang saya tengok di web Air Asia tu..hik hik..

Dia balas, " kalau Australia, tengah tahun depan ke takpun nak dekat-dekat salji turun ke bleh la kalau ayang nak pegi"
Weeeee dalam hati hanya tuhan yang tahu, walaupun benda tu rasanya mustahil. Tapi saya sangat berbesar hati sebab suami berhajat nak bawak saya melencong melancong ke negara omputih..hehe

Saya tak pernah minta dia bawak saya keluar negara, apatah lagi ke negara mat salleh. Saya tahu dimana kemampuan kami berdua.Banyak lagi benda-benda yang lagi penting.
Tapi saya sangat-sangat terharu dengan niat suami saya itu.
Impian saya cuma ingin menjelajah 1 Malaysia, jika diberi rezeki lebih alhamdulillah saya terima jika DIA izinkan kami tengok negara orang =)

Jika ada pun rezeki itu, saya rasa nak propose untuk buat IUI berbanding ke Australia.hehe
Apapun hanya DIA yang tahu sejauh mana layaknya kita untuk semua rezeki dariNYA.

^_^

daa~~

13 comments:

  1. Waaa.. manyak syokk... tempat2 tu tak pernah masuk list cuticuti ida.. hihihihihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. yana pun tak pernah masukkan dlm list...sbb dekat seribu nak spend duet utk tiket saje.. cm membaziaq..huhu

      Delete
  2. jom2..aku plan nk g austolia juagak

    ReplyDelete
  3. teringin nya nak ke 2-2 tmpt tu.tp fulus tak de..sob sob sob

    ReplyDelete
    Replies
    1. hoho.. yana pun fulus tak pernah cukupnye nk pegi tmpt cmtu eka...bnyk lg kegunaan ke arah lain.

      Delete
  4. Alhamdulillah..bestnya yana! acik ni mintak s3 pon tak dapat..kikikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah la kalau jadi kenyataan acik..hehe..

      humahaih s3 tu..huhu..yana nak try mintak i-pong la..dpt x?hahah

      Delete
  5. wah, jauhnya nak terbang.. terbaik la.. zana ni ntah bilanya dpt pergi.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..itula pasal.Radhi tu jauh sgt nk terbangnye...klu btul ade rezeki dia, yana nk terbang jugakla..hihi..

      Delete
  6. Wah sonoknye dia... Ros ni tringin nak naik kapal terbang untuk g jauh2,,.. Huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihih..naik kapal terbang lame2 boring ros..hehe.. tp klu 1st timer mesti teruja..heheh

      Delete
  7. salam tuan rumah, hehe tetiba nk mencelah. Jom la datang ausie. Ausie tkde salji waktu winter. Cuma ada kat bahagian puncak gunung je, kalau kat Melbourne ni kat Mt Muller. Sekarang tengah autumn dan slow2 nk berubah ke winter. Winter sampai bulan 9 nanti. Datanglah.. tak rugi :)

    ReplyDelete

tulis jgn xtulis..hihi TQ Darl ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...