Friday, June 15, 2012

Rezeki hari Jumaat

Assalamualaikum..

Rutin hari jumaat bila kerja xbz adalah telefon mak mertua saya.hihi
Minggu lepas tak sempat telefon pun, sebab kebizian yang teramat sangat..huhu

Saya telefon tadi, mak mertua tengah masak lauk nak bawak pergi asrama adik ipar saya yang bongsu lepas abah balik solat jumaat.
Borak-borak punya borak, saya cakap la yang kami akan balik kampung untuk sambut puasa nanti. Tapi mungkin tak balik lama la. Buka puasa hari pertama dirumah mak mertua, buka puasa hari kedua dirumah tok Radhi di kampung sebelah. Lepas berbuka, siap-siap solat terus balik KL, sebab Isnin tu nanti mak saya pulak nak berangkat menunaikan umrah. huhu dah siap planning semua.
Harap-harap dipermudahkan =)

Lepas borak pasal puasa tu dengan ma, ma cakap dia ada hadiah untuk saya. Wahhh dalam hati da girang gumbira.haha...
Saya tanya hadiah apa pulak? Ma cakap saje nak kasi hadiah kat saya. Dia cakap, dia tengok saya tak ada lagi benda tu, so dia beli la untuk saya.huhu

Nak tau ape benda tu?hehe
jeng jeng jeng....

"Seutas rantai emas"

(^__^)

Saya memang tak sangka sangat. Dan mungkin mak mertua saya ada instinct kot. Saya memang tengah kumpul-kumpul duit nak beli rantai emas. tapi selalu je la lari ke lain budgetnya..hihi..Ditambah pulak harga emas melambung.huhu..Tapi saya tahu itu kehendak, bukan keperluan.
Nak buat emas jadi aset pelaburan pun, saya belum terbuka hati lagi nak buat benda-benda tu semua. 
Sebab tu saya takla terkejar-kejar sangat untuk simpan duit beli rantai. hehe..Tak ada siapa pun tahu saya simpan duit untuk beli rantai, Radhi pun tak tahu, cuma dulu lepas kawen saya cakap kat dia, duit mas kawen yg dia bagi tu saya nak buat beli rantai, tapi kena tambah lagi la. Dia cuma kata, ikutlah!.huhu
Dan saya rasa dia pun dah lupa pasal itu..huhu

Segan pulak dengan mak mertua.hihi..
Saya tahu dia ikhlas sebab dia memang suka benda-benda camni. Cucu pertama dia tu pun, dia bagi set set rantai dengan gelang. Telinga pun da kena tindik tu seawal umur setahun.hadiah hari jadi aritu, tokma bagi.hehe

InsyaAllah ada rezeki lebih nanti saya bagi hadiah kat ma pulak. Sekarang ni budget untuk tambah duit belanja untuk mak ke umrah. Saya cuma berharap mak selamat pergi dan selamat pulang. 
Hanya satu yang saya nak minta mak buat untuk saya disana nanti, doanya agar saya dikurniakan zuriat.

^__^

daa~~





4 comments:

tulis jgn xtulis..hihi TQ Darl ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...