Monday, July 9, 2012

Percutian RnR di Kuching ~ Day 1

Assalamualaikum..

Seminggu berlalu lepas kami pulang dari Bumi Kenyalang. Ini impian saya dari sekolah rendah nak jejak kaki ke Negeri Santubong ni.
Alhamdulillah Allah makbulkan =)

Kami berlepas ke Sarawak dengan penerbangan Air Asia Airbus A320 jam 1145pagi pada hari Sabtu 30 Jun 2012.
Gambar dalam flight tak dapat nak di snap sebab, sepatutnya saya duduk di tepi tingkap dan Radhi duduk disebelah saya. Tapi sebab saya sampai LCCT pun ngam-ngam choi 5minit sebelum gate tutup, seat saya dah diduduki oleh sorang nyonya Sarawak yang baru pulang dari China. huhu..
Kudos untuk kakak dan abg ipar saya yang sudi hantar ke LCCT, dan kereta avanza dipandu dengan kelajuan 140km/jam..haha

Setelah 1jam 40minit di awangan, kami selamat jejak kaki di Kuching International Airport (KIA) jam 1.25ptg.

Signboard bertentangan KIA

Posing dulu - mengahabiskan masa tunggu kereta sewa dihantar.



Oh yea! Percutian kami adalah bersama BFF. Tahun ni kita terbang jauh sket. Tahun lepas kami bercuti bersama di Cameron Highland. Untuk tahun depan, lokasi telah dikesan. Perbincangan lanjut akan di buat selepas raya.hehe.

Inilah kereta sewa kami sepanjang 4hari 3malam di Kuching.
Untuk price yang kami dapat, saya akan buat separate entry yea.
 Sekali dengan sewa hotel, tiket flight! ;)


Disebabkan berkejar ke LCCT, kami tak sempat makan atau isi perut dulu. Dalam flight pun kami tak amek makanan. Nyonya sebelah makan satay ayam gemuk-gemuk, saya dan Radhi amek bau aje!..hehe
Dapat aje kereta, Radhi terus on papago kat handphone dia dan kami menuju ke hotel untuk check in dan simpan barang dulu.
Satu tips yang saya nak share # kalau dah sampai waktu boleh check in hotel, pergi saje check in dulu dan simpan beg di dalam bilik. Ini boleh menjimatkan sedikit penggunaan minyak kereta kerana kurangnya muatan didlm kereta. =)

Sesudah simpan barang, kami terus menuju ke RJ Ayam Bakar yang saya nampak semasa perjalanan menuju ke hotel tadi..hehe..

Ini gambar di meja makan kami @ RJ Ayam Bakar.
Saya dan Radhi makan Ayam Penyet.
Eyda & Azrul makan nasi bawal bakar. =)
Disini kalau ayam penyet biasa : hanya ada nasi putih, ulam-ulaman dan ayam penyet serta sambal.
Jika nasi ayam penyet special : sama seperti ayam penyet biasa cuma yang specialnya ada tauhu goreng dan tempe goreng. bagi kita disini, semua sama aje kan? hehe
Saya ofkos pilih yang special. Radhi pilih yang biasa aje, sebab dia tak makan tempe! huhu
Total : RM 48.90


Siap makan, kitorg parking semula kereta di kawasan hotel dan bercinta sambil berjalan kaki di kawasan waterfront. Yang sayup di seberang sungai tu adalah bangunan Dewan Undangan negeri (DUN).
Masa kami berjalan di tepi sungai tu, baru lepas hujan. So tak de lah panas sangat.hihi..angin sepoi-sepoi gitu..hihi

Tempat wajib bergambar bila berkunjung ke Kuching. Ke tugu Kuching ni pun, kami hanya berjalan kaki dari waterfront juga tidak jauh dari hotel kami.
Masa nak amnil gambar di tugu ni, sangat ramai orang. Kami macam biasa, buat relax aje dan biarkan orang semua bergambar dl. Lepas tu tinggal kami berempat aje kat situ.hihi. Memang galak berposing, orang dalam kereta dan motor yang lalu lalang dok tengok aje kami.haha

Siap bergambar di tempat wajib, kitorg pulang ke hotel dalam jam 5.30ptg untuk solat asar dan rehat.


Lepas solat maghrib,dalam jam 8malam kami keluar semula. Malam tu kami dinner di Pizza hut sebab ada kupon beli hot tiket yang Eyda simpan tarikh akhirnya adalah 30Jun. So malam tu makanlah pizza. Tapi pizza dia xgebu sangat. tak tahulah diorg makan pizza macam tu ke ataupun diorg tak cukup masak sebab memang padat giler pizza hut malam tu.huhu.

Siap makan, kitorg berjalan semula di waterfront. Menikmati suasana malam di tepi sungai.hihi..
Meriah jugak malam-malam. Kami duduk di kerusi yang disediakan sambil borak-borak dengan badut yang buat bentuk-bentuk dari belon tu. hehe..
Dalam pukul 11 kitorg balik bilik untuk merehatkan mata dan sambung berjalan esok harinya.hihi


that's all for day 1.

bersambung utk day 2 - perjalanan yang jauh ke pasar satok- pasar serikin- semenggoh wildlife.

^__^

daa~~

3 comments:

  1. wahh bestnya cuti2.
    saya belum pernah jejak sini lagi

    ReplyDelete
  2. bestnye g kuching! teringt dulu2 g dgn family, pasar serikein ms tu pns gile! nnt nk pegi lg.. tp xtau bile..

    ReplyDelete
  3. seronoknya org tu berjalan.. rasa macam kat kuching la bila baca entry yana ni.. hahahha..

    ReplyDelete

tulis jgn xtulis..hihi TQ Darl ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...