Thursday, November 29, 2012

Quotes of the day...

Assalamualaikum...

Allah Answers your prayers in 3 ways,
He says yes and gives it to you,
He says no and gives you better,
He says wait and gives you the best.

In Shaa Allah

 Lets pray, never stop! =)

^__^

daa~~

Wednesday, November 28, 2012

of my dream....

Assalamualaikum.

Ye saya sambung study di OUM - Open University Malaysia..Universiti swasta aje!!
Lebih spesifik saya sambung dalam bidang IT -Major in Network Computing.
Before this saya ada diploma bidang elektronik industri.  

Setelah 4tahun setengah bekerja dalam bidang telekomunikasi yang mana tak banyak saya dapat applykan apa yang saya belajar masa diploma dl, so saya tinggalkan bidang elektronik.
Alhamdulillah saya dapat bekerja di syarikat yang besar di Malaysia ni, setelah berkahwin saya rasa fikiran saya lebih matang dalam berfikir. Saya ada satu impian dalam kerjaya saya ni yang mana saya tak pernah cerita kat sape-sape termasuk suami saya sendiri. Saya rasa sangat rugi kalau saya tak grab peluang yang ada depan mata. InsyaAllah untuk impian itu ada lebih kurang 25thn lagi sebelum saya pencen - jika tak dipaksa pencen pada umur 60tahun...kah kah..

Itu cuma impian saya, saya yakin In shaa Allah pasti DIA izinkan. Kerna banyak lagi yang perlu saya usahakan, for sure zuriat buat suami saya. Jangan pernah bosan baca pasal zuriat dalam blog saya ni, sebab saya rasa itu satu dari doa saya juga. Kata-kata itu satu doa kan???

Memang agak sukar bagi saya yang dulu belajar engineering nak convert ke bidang IT. 
Engineering saya banyak guna formula dan calculator, IT rasa kebanyakkannya perlu otak yg kreatif dan banyak membaca. Anyhow saya MESTI buat jugak untuk pastikan impian saya tu tercapai!

Jadi student OUM tak sama dengan student IPTA lain. Yang pasti OUM setahun ada 3semester, kelas 4x setiap semester bagi satu -satu subjek. Sehari satu subjek, 2jam tutorial. Dalam 2jam tu paling sikit 2topik akan habis. Tutor memang akan laju macam ERL..haha..Konsep belajar di OUM, adalah online. Forum, Digital library, e-tutor macam-macam ada dalam website OUM bg registered student. 
Natijahnya, tepuk dada tanya selera. memang kena banyak belajar sendiri dan cari sendiri. 

Saya baru selesaikan 3 assignment untuk 3subjek semester ni. Final exam? InsyaAllah 8disember mula. tapi paper saya start 23 disember. Belum pun start final exam, subjek utk sem depan dah kena register. Alhamdulillah i've done for that 3 subjek utk next sem. 
Excited coz mula subjek network. =)
Semoga saya berjaya hingga hujungnya. Dalam pada tu, usaha saya untuk conceive tak pernah terhenti. Entah-entah dapat bawak baby in tummy pergi kelas dengan mummy..who knows kan? In shaa Allah =)

Kalau ada nak tanya pasal study di OUM , bleh je drop komen or email sy, In shaa Allah saya try jawab mana yang saya tauhu..hehe..

^___^

daa~~

Monday, November 26, 2012

Lagu yang berjaya ke Juara Lagu 27


Assalamualaikum...

Saje saya nak share, sebab esaited lagu favourite saya masuk akhir. So saya share ini untuk u all.. =)

Idola - Azlan Typewritter
Pelangi senja - Stacy
Anak kampung - Jimmy palikat
Terukir di bintang - Yuna
Ombak rindu - Hafiz & Adira
Tanpamu - Amir jahari
Lagu- Bedroom sanctuary
Teman pengganti - Black & Malique
Kuakui - Hafiz
Simetri - Hazama & Amy Search
Andai kubercinta lagi - Mojo
Patah seribu - Shila Hamzah

Lagu yang saya highlight warna biru tu la lagu-lagu favourite saya. Shila Hamzah memang saya suka dari dia kecik dulu lagi.

Jangan lupa final nanti tau!!!

Bookmark! hehe
6 januari 2013


^___^

daa~~

Wednesday, November 21, 2012

Rutin baru...

Assalamualaikum...

Minggu lepas langsung tak ada entry up..huu~ Maafkan saya!

Saya janji akan ada entry schedule up dikala saya berada di kampung halaman Radhi. Namun, masa amat mencemburui saya pada bulan ini. :(

Alasannya, saya tidak cukup masa untuk mencari idea menulis blog dalam masa yang singkat. Sekarang, masuk 1 perkara lagi yang perlu saya fikirkan, BELAJAR!!!

Mungkin yang diluar sana akan berkata-kata, "alah, takde anak lagi pun, takde la sibuk or penat sangat". Yes, memang Allah belum bagi rezeki itu pada kami berdua, namun berfikir dan berusaha untuk punya rezeki nan satu itu lebih pedih bila ditambah dengan ayat-ayat dari mulut seperti kamu..Lebih penat rasanya mendengar pertanyaan dan sindiran berbaur zuriat. Bagi saya, mereka yang tak merasa duduk di alam TTC ni, memang tak kan pernah tahu dan takkan tahu bagaimana perasaan kami yang berTTC ini. Bila bercerita mungkin telinga boleh mendengar tapi mungkin tak sampai ke hati mereka. 

Next month adalah final exam pertama saya, minggu ni last submit assignment. Masih lagi berbaki 2 assignment yang saya belum submit.hehe~ Ketandusan idea. Saya budak teknikal, bila termasuk sikit belajar subjek Management ni, otak cam terkepit sikit nak terima. Saya sedapkan hati, tak apela subjek awal-awal ni je. Tunggula subjek tengah-tengah or belakang-belakang nanti..hehe

Seronok pulak bila study time da kahwin ni. Wiken saya akan study larut malam. kadang-kadang pukul 9-10mlm saya akan tido dulu untuk rehatkan minda, then saya akan pesan kat Radhi kejutkan saya dalam sejam kemudian, Saya nak mula study, kadang dia kejut saya bila dia nak masuk tidur then saya bangun untuk study. Tapi selalunya saya mintak dia tidur di sisi saya di ruang tamu. Itu pasal saya beli karpet tebal punya, empuk untuk saya duduk study dan Radhi tidur untuk teman saya study larut malam..hehe.. Saya stay  up pun tak la lama macam zaman bujang-bujang dulu, study sampai 3-4pagi. makin nak exam, makin lama pula stay up nye. :p
Yang paling best, Radhi menjadi pembakar semangat saya No.1. Bila sehari saya tak bukak buku, mulut dia akan automatik membebel. Rasa semangat nak belajar, bila sidia care pasal hal study saya. =)
Luv u la sayang!

Pada sesiapa yang berhajat nak sambung study di OUM, entry lepas ni saya cerita tentang study di OUM. sangat flexible dan memang sangat sesuai bagi mereka yang sedang bekerja. =)

till then 

^__^

daa~~

Saturday, November 10, 2012

Website Air Asia berwajah baru

Assalamualaikum...

Selalu sangat saya buat entry pasal Air Asia kan? Tak tak tak...saya tak dapat komisyen mahupun tiket murah/free keluarkan entry pasal Air Asia..hehe..

Tadi saje saya jamu mata tengok website AA. Sekali tekan enter, keluar ini
v
v
v
v


eh macam menarik je pandangan baru ni.
Saya pun cuba la lagi masukkan destinasi  dan tarikh.
Jangan terpedaya ye, ini hanya rekaan,saya tak beli pun tiket yang saya try ni.
hehehe


See!!!! Memang sepenuh-penuh skrin monitor ini saja, besauuuuu betulll!! puas hati tengok..hehe
Gatai kan masukkan pergi Krabi..dan haruslah date pun gatai letak dekat-dekat tarikh birthday saya...hehe
Berangan itu indah, ape salahnya..
Memang tak mungkin saya pergi jalan tarikh2 itu kerna bulan April adalah final exam untuk semester hadapan..Lepas exam dapat bonus (owh kalau dapat 2bulan stgh kan syiokkkk..aamiin), boleh pergi jalan,tambah-tambah lepas exam pulak..hee..Macamlah perah otak giler2 sangat macam study dulu-dulu.hihi


Ruangan nak masukkan details pun jelas dan besar. tengok yang saya kotakkan warna purple tu. Untuk reference kita. Dan step seterusnya saya tak buat dah. Setakat itu sahaja la. 
Kalau korang nak tengok, tryla masuk website AA..

Sekarang saya tengah mood study. Lagi sebulan 1st final exam saya. Rasa masih kosong, tapi bila buat latihan ade plak ideanya nak menjawab. InsyaAllah boleh!! =)

Doakan saya ^_*

Owh yea, saya bercuti seminggu dari ofis dan dari Lembah Klang. Saya pulang ke kampung Radhi. So entry selepas ini adalah schedule entry. =)
Khamis depan = Awal Muharram baru saya akan pulang ke KL semula.

Selamat bercuti semua...

^__^

Daa~~

Wednesday, November 7, 2012

Blog & BE bulan September

Assalamualaikum..


Minggu lepas sekali je saya tengok BE ni. Masa tu terkejut sebab BE bulan September still ade lagi.
macam tak percaya aje. Lama betul dia menari-nari kat blog saya. Then boleh pulak terfikir betul ke tak ni, dah lama sangat tak habis-habis lagi. Bila ada masa masuk page nuffnang ni, saya suka tengok keywords je, nak tau dari keyword mana orang google boleh masuk blog saya. Kadang-kadang ada keyword yang boleh buat saya tersenyum dan tersengih..hehe..hari tu saya jumpa keyword "abang TUDM"..hehe.. lupe nak print screen..hehe

Pagi tadi tergerak hati nak tengok BE pulak. Sekali tengok 2 BE bulan September tu dah dikreditkan. Lepas tu digantikan pulak dengan BE baru, Colgate Palmolive Slim. Bulan Oktober hanya ada 1 BE yang masih menari-mari. BE di blog sayay memang jarang kekal lama-lama sampai sebulan, paling kuat pun 3minggu camtu. itu pun sangat-sangat jarang. Tapi bila BE September tu buat port yang lama di blog saya, of course saya super excited. Benda Baru!!! hehe

Tujuan saya berblog bukanlah untuk duit mahupun mencari follower yang ramai. Saya berblog saje-saje sebab seronok tengok orang lain berblog, meluahkan apa saja yang ada dihati & fikiran. Saya start berblog since 2008 sebenarnya. First entry saya di blog lama, masa tu saya kerja shift malam. Tak tahu nak buat apa, sebab kerja da settle, so saya register blog saya..hehe itu cerita blog lama yang da pudar. Tapi blog tu still ada, maybe ade segelitir blogger yang tahu link blog lama saya dulu. Dalam blog lama tu ade segala cerita preparation kahwin saya. =)
Setakat ni saya ada 2 blog yang masih aktif. Satu blog lagi blog TTC saya. Tapi saya tak annouce kat mana-mana atau siapa-siapa. Mungkin yang tahu hanyalah Geng TTC Corner saya. =) Di situ segala cerita treatment dan usaha TTC saya lahirkan untuk perkongsian dengan rakan-rakan senasib yang dipilih Allah untuk ujian itu. ^_^

Owh rupenya dah lama saya boleh cash outkan duit nuffnang ni. Eh tapi sayangla. Nak biar lama-lama la sikit. Sebab tak pernah terfikir nak buat apa lagi. Tunggu la, fikir dulu nak buat apa. Nak buat bayar yuran belajo boley? haha..

#yeayyyy minggu depan cuti seminggu balik klate!!!..hip hip hurraayyy..rusakdietku! :p

^_____^

daa~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...