Sunday, March 31, 2013

Allah panjangkan umurku

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, berginjak sudah setahun lagi umur aku. 31 Mac 2013



Terima kasih Allah kerana masih beri peluang untuk hambaMU yang kerdil dan lalai ini bernafas di dunia tadbirMu.
Terima kasih Mak kerana lahirkan,besarkan dan didik adik yang banyak berdosa dengan mak hingga berjaya.
Terima kasih Papa (arwah) yang adik rindu sangat-sangat sebab selalu manjakan adik.
Terima kasih Yong satu-satunya kakak yang adik ada, sebab selalu bagi semangat dalam pelajaran.
Terima kasih abang yang juga satu-satunya abang yang adik ada sebab jadi wali dan restu jodoh adik setelah papa tiada.
Terima kasih suamiku yang memahami dan menerima baik burukku, mendengar rintihku, yang selalu cuba untuk jaga hati ini walau ku tahu, ucapan itu untuk mengelak kesedihanku - u're really-really my Hero sayang!!... I love u till Allah separate us! I do!

^__^

daa~~


Tuesday, March 26, 2013

Diet caraku

Assalamualaikum...

Diet. Yeah memang word ni selalu bermain-main dimulut wanita.
Dulu memang word ni tenggelam timbul je di mulut aku.
Susah tau sebenarnya nak tanam azam dan nak disiplin dengan bersungguh-sungguh.
Aku dah banyak kali kecundang nk berdiet sejak kahwin ni. Dulu time anak dara selalu je diet. Diet bila malas masak, so makan ape yang ada je. Kira diet jugaklah kan kan kan? :p

Sejak kahwin memang berat badan dengan senang hati je naik mendadak. Masa baru-baru kahwin aku tak fikir sangat . Tapi bila rasa semua baju kurung nak pergi kerja da sendat mendat, saiz itu ini pun da bertambah, niat nak diet tu timbul. Tapiiiii nak laksanakan tu alahaiiii, Allah je tauu..
Macam-macam dugaan wooooo... Balik kerja, kena masak untuk Radhi. Kerja dia kerja berat, tak boleh tak makan ni. Kesian dia. Bila aku masak sedap tu, aku sendiri yang tak boleh tahan..haha..

Disebabkan umur bakal meningkat ni nanti, aku terdetik hati nak tanam azam yang sungguh-sungguh dah lepas ni memang nak diet secara serius...hah cam gerun plak gayanya..hahha..
Takde la, tahun ni tahun last umur aku angka 2 didepan, next year da masuk 3series..aduyaiiii...
Aku rasa aku perlu lakukan sesuatu dengan sebenar-benar perubahan.
Tak boleh wei hidup dengan keadaan diri macam ni. Penat tau!! penat bila buat kerja lebih sikit. 
Aku tak nak sakit yang berpunca dari gemokkkk!!

Lepas baca banyak blog orang yang berdiet dan ada yang berat lebih banyak dari aku dah pun kurus, aku rasa bersemangat nak turunkan berat. 
Hari ni masuk hari ketiga aku mulakan diet aku. diet tak perlu nak seksakan badan. Aku tak guna atkins diet. Sebab bagi aku, aku memang tak mampu untuk tidak makan nasi kerna itulah makanan utama yang mak aku ajar dari kecik dulu. Bagi orang yang boleh tahan tak makan nasi tu, memang aku salute la.. =)

Hari ni juga, masuk hari ketiga aku kentalkan diri minum air masak sebanyak 3liter setengah.
Untuk pengetahuan korang yang masih belum tahu, setiap 25kg berat badan kita, 1liter air yang kita perlu minum. Aku tak sampai 4liter pun, tapi kena lebih dari 3liter..aku malas nak calculate exactly. So aku amek 3liter setengah sahaja. Korang tau dalam 3liter setengah tu berapa kali aku pergi toilet, buang air kecik? hahah.. lebih dari 10kali tau!!!!
Semalam, kat opis je dari pukul 830pagi sampai 530 petang - dalam 6-7kali aku ke toilet. Malas? hurmm dalam diet ni, tak boleh ada word malas dalam kamus diet. Kalau malas, sendiri yang rugi. Yela malas gi kencing, ko yang dapat batu karang takpun terkencing dalam seluar kalau dah tak tahan sangat..hahahha betullah kan? kekekke

Aku sibuk diet ni, bukan sebab nak nampak cantik or nak pakai baju yang aku tak pernah pakai sebelum ni, sebab aku bukan fashion addict punya orang...Ko nak tau sebab ape? sebab aku nak beranak!!!.. yea aku nak beranak, aku nak bagi zuriat darah daging suami aku sendiri yang keluar dari rahim aku. In Shaa Allah...
Aku nak buang segala lemak-lemak degil yang melekat kat badan aku. Mungkin lemak-lemak tu semua penyebab aku sukar mengandung, who knows?!

Okla ini aje dulu cerita diet aku. Nanti aku sambung, ape lagi bantuan yang aku gunakan untuk diet ni.
Next entry mungkin aku cerita pasal diet lagi or pasal aku bt chicken chop homemade yang aku cilok dari Eida n Yaya ..hehhe owh aku buat chicken chop ni sebelum aku mulakan diet aku..
ngeh ngeh ngeh...

^__^

daa~~

Monday, March 25, 2013

Aku

Assalamualaikum..

From now on, tiada lagi word saya untuk membahasakan diri ini.
Saje! 
Sebab aku kadang-kadang ade je meluah perasan a.k a 'meroyan' dalam blog ni. 
Bila datang time nak meroyan tu, macam tak best guna word 'saya'....sekma kan?
hoho

Pada aku lagi best kot guna word aku. Sebab blog lame dulu, aku guna word aku sebagai kata ganti diri. Nampak cam diari kan.
Owh tetibe teringat diari aku yang kena rampas masa dok hostel dulu. 
Padan muka aku, dah la sekolah agama dok hostel, boleh pulak nak berdiari bagai. Bila kena rampas, haa padan ngan muka..hahah

itu aje nak kasik tau..kekkek

^__^

daa~~

Saturday, March 23, 2013

Minum air kosong pun boleh bantu betulkan haid?

Assalamualaikum...

Saya nak share dengan semua.

Tips ini saya dapat dari email senanghamil2u kepada saya.

Bagi yang ada masalah haid bolehlah cuba
tips dibawah :D

1. apabila anda bangun pada waktu pagi sebelum
memberus gigi, minum 4 x 160ml gelas air

2. berus dan bersihkan mulut tetapi jangan makan
atau minum apa-apa selama 45 minit

3. selepas 45 minit anda boleh makan dan
minum seperti biasa

4. 15 minit selepas sarapan, makan tengahari
atau makan malam jangan makan atau minum
apa-apa selama 2 jam

5. mereka yang sudah tua atau sakit dan tidak
mampu minum 4 gelas air pada awal pagi boleh
bermula dengan mengambil sedikit air dan
secara beransur-ansur tingkatkan kepada 4 gelas.


Sharing is loving =)

^___^

daa~~


Monday, March 18, 2013

Gaji Director Legoland???

Assalamualaikum...

Saya nak share something masa jengah Nuffnang tadi..
ekeeeeekek


Siapakah gerangan yang mencari itu? hehe

hehe..itu saje saya nak share.
macam-macam kan?

seronok jugak kadang-kadang tengok keywords2 orang yang masuk blog kita ni.. 

^__^

daa~~

Thursday, March 7, 2013

Photobook murah!!!

Assalamualaikum...

Hari ni, saya kerja sorang-sorang dalam my team. Sorang akak tu g umrah, my exec cuti..
pagi-pagi relax, masuk nak tengahari sket, berlambak permintaan masuk..
fenin tengok email, tengok system sume...
Lunch hari ni tak keluar, mari berfoya-foya update blog di opis..hahahah 

Balik ke tajuk entry, ini kes terjebak dengan Eida....
muahahha...
Saya buka blog terus nampak tajuk entry ida yang sangat best..

Korang yang suka bergambar, harus grab deal ni..and of course perlu kerajinan n usaha sendiri. =)

nah!!!!! tengok niiii....


sangat murah kan...

okeh untuk step-step nak beli, boleh refer blog eida...

dan untuk kali pertama saya terjebak beli offer untuk design photobook sndr....yahooo! :p



Mula nak beli yg seploh hengget je... then ade officemate saya seorang photog telah menghasut untuk beli yang RM15..hahaha..
Maka, terbeli la yang RM15...hihihih
deal kat groupon yg dari photobook malaysia aritu tak terbeli sebab tak sempat, bila tengok semula time nk beli, deal da habis...huhu..tula selalu sangat bertangguh kerja...nyesal! sebab itu pun murah jugak..
Naseb Pixajoy n Eida menjadi pengubat penyesalan itu...kah kah kah...

okla..selamat membeli...

ni link Pixajoy

^__^

daa~~

Friday, March 1, 2013

luahan

Assalamualaikum..

Baru lepas belek2 insta n fb...ramainya org upload pic hasil pumping susu ibu...tipula kalau saya tak jeles..this year alhamdulillah masuk 3tahun usia rumahtangga kami..walaupun masih belum punya rezeki zuriat, Allah bagi kami rezeki lain... syukur sangat-sangat...

In shaa Allah saya yakin 1hari nanti pasti ada juga kesempatan utk saya pump susu untuk anak sendiri...yakin yakinn yakinnnn...

Hati, aku yakin kau sangat tabah dengan ujian ini....

-rabbi la tazarni fardan waanta hairulwarisin....aamiin-

Published with Blogger-droid v2.0.6

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...