Wednesday, August 8, 2012

Wordless Wednesday~ Gelagat cucu-cucu mak

Assalamualaikum...

Seronok nenek bagi kenangan dari tanah suci..=)


From 2years old to 14years old. 

Only Princess in the house! XD



Geng baik! sebab umur lbh kurang..huhu

^___^

daa~~

Hilangkan mengantuk!! =)

Assalamualaikum..

Semalam buka google, nampak ini

V
v

Mula-mula saya start lawan ngan member sebelah meja saya.haha..
Lepas tu berjangkit ke ofismate lain. Habis kecoh satu kawasan tengah ofis saya ni..hehe
Bila ramai yang main, bunyi keyboard dah macam buat pop-corn.haha..
Saje hilangkan mengantuk.

NI rekod terbaik saya dapat buat sepanjang buat 'pop-corn' semalam..haha

Letih woo jari nak menekan keyboard tu..ngeh ngeh :p
Geng ofis saya ade yang cipta rekod sampai 10 saat aje pun..hhuh..
Tak cramp ke jari korang weh? huhu

Hari ni pulak ada game baru..
v
v
v
hehe..seronok gak..korang try la..
bukak aje google mesti da nampak..hehe..
Jangan kusyuk sangat main tu, mengamuk bos korang nanti.
Nak hilangkan ngantuk, release stress bleh la..hehe

Selamat mencoba!

^___^

daa~~

Tuesday, August 7, 2012

Iftar di Ana Ikan Bakar Petai Bangi

Assalamualaikum...

Rabu lepas saya ikut Radhi berbuka dengan member sekampung dia. Member dia tak tahu nak berbuka dimana. So Radhi suruh saya yang buat pilihan.
Mulanya plan untuk ambil buffet aje, tapi memandang perut kami jenis yang tak berapa nak sesuai makan buffet, so saya decide ke Ana Ikan Bakar Petai.

Ana Ikan Bakar Petai ni asalnya dari Pahang. hehe. Yang kat kuantan tu saya tak pernah pergi pun.
Dengar cerita memang ramai orang makan kat situ. 
Di ofis, saya try cary website Ana ikan bakar ni, tapi tak jumpa. 
Rupanya ada di facebook fan page. Malangnya time tu di ofis, waktu office hour, FB kena block.hehe
So saya cari melalui tab saya.
Dapatla jumpa no untuk booking tempat.

Dalam pukul 3petang saya call no yang ada tu untuk booking. Akak yang angkat tu minta saya sms nama, berapa pax, dan menu.
Saya pun terus call Radhi  untuk confirm menu. =)
Antara menu jadi pilihan kami:

1)Ikan kembung bakar Petai..memang maveles...hingga menjilat jari even saya tak makan petai.
2) Tomyam campur.. sedap jugak, kena dengan tekak kami. Saya hirup kuah tomyam sampai habis.hehe
3) Telur dadar ..standed rasa telur la :p
4) Kailan ikan masin.. terbaekkkkk..ikan masin berketui-ketui
5) sotong goreng tepung..saya suke, sedap.Tapi bagi orang yang kuat masin, mesti akan kata tawar like mr.Hubby..hhihih..dia kuat masin...so saya je yg enjoy the sotong..huhu

Itu semua menu yang saya n radhi decide. Saya sms ke no yang saya call tadi.
Dalam pukul 4ptg camtu, no tadi tu call saya semula, katanya kembung tak ada. So saya tukar ikan tu dengan ikan siakap...



Pukul 6petang kami keluar dari rumah. Alhamdulillah jalan tak jem. Jemput kawan Radhi di presint 15,terus ikut jalan belakang , Abu bakar baginda tu. Alhamdulliah clear juga. So pukul 6.50ptg kami dah sampai di Ana Ikan bakar petai. =)
Memang sangat ramai orang. Semuanya dah booking meja.
Meja kami betul-betul depan playground.
Sebelah playground ada ruang untuk solat lelaki, sangat luas.
Ruang untuk solat perempuan dalam bangunan, maknanya playground adalah ditengah-tengah tempat solat lelaki dan tempat solat wanita.^__^
Masuk saja waktu berbuka, ada adik tu azankan secara live di ruangan solat lelaki. =)

Sepanjang kami makan, bersilih ganti kaum lelaki solat maghrib berjemaah. Ada juga yang solat sendiri.
tapi yang perempuan semua solat sendiri.hehe

Dalam pukul 8.30mlm baru kami gerak pulang..hehe..Saje duduk lama-lama sikit, ambil masa saya meratah sotong goreng tepung tu..hehe

total bill kami :
RM82..
Makanan di sini memang highly recommended.Radhi pun cakap boleh repeat lagi pergi situ..hehe
owh ini untuk menu diatas tu, air dan nasi putih 5pinggan..hehe..

*Maaf ye, saya tak mahu letak gambar makanan kami, menghormati kawan-kawan yang berpuasa yang tengok blog ni..hehe*

untuk yang berhajat merasa makanan di Ana Ikan Bakar Petai Bangi ni. saya share alamat, no telefon .
* Booking dulu sebelum pergi tau* hehe

Ana Ikan Bakar Petai
Lot 2991, Persiaran Kemajuan (Bersebelahan balai Bomba BB Bangi)
43650 Bandar baru bangi, Sel.
019-2177668

^____^

daa~~

Friday, August 3, 2012

2nd time

Assalamualaikum...

Ramadhan ke 14, kali kedua kami berdua terjalak sahur. Kali pertama di entry ini.
hehe

Semalam berbuka di luar.
Ana ikan bakar petai di bangi. *next entry, promise.saya da schedule*hee
Saya amik nasi sikit je. Sebab order lauk bnyk..huhu

Semalam memang hari lembik saya. Tapi sempat jugak bukak mata tengok cerita Waris di TV3.=)
Malam tu untuk sahur saya da merinatekan ayam untuk digoreng masa bangun sahur nanti. Periuk nasi pun da siap basuh, nak masak nasi pagi tu.
Saya bangun kul 4 pagi biasanya nak siapkan semua tu.. dlam kul 445 saya kejut Radhi makan.
Semalam kes tak bangun sahur tu, tengok Datuk Lee Chong Wei lawan quarter final la.hehe
sampai kul 130. Masuk bilik terus pejam dan hanyuttttt..huhu

Sekali sedar-sedar dah pukul 5.31pagi. Terus saya melompat bangun dari katil kejut Radhi, cakap kat dia dah 530pg, bangun minum air n mkn tamar je.hehe
Saya cuci muka, gosok gigi dengan pantas, masak air suku cerek je nak cepat punya pasal.
Buat air vico untuk saya dan nescafe untuk Radhi. Makan tamar 3biji. Siap.
Tak lama pastu dah azan subuh, solat subuh saya mengaji sikit surah Al-Waqiah . Baring semula atas katil dengan telekung-telekung sekali.hehe

Harap inilah kali terakhir saya tarlajak sedar untuk sahur.huhu.
Kesian kat Radhi, dia kerja berat. Takut tak ada tenaga.
Saya tak apa, kerja dalam air-cond duduk je ngadap pc.
Dulu masa bujang, sahur minum oat or nestum je.
hehe

^__^

daa~~

Monday, July 30, 2012

weewwittt

Testing testing... :-)

Published with Blogger-droid v2.0.6

Surprise lagi!!!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah hari ni kita dah masuk Ramadhan yang ke -10. *4 -5 hari lagi dah boleh dgr lagu raya di corong radio* =)
Syukur juga hingga semalam 9 Ramadhan saya masih belum jejakkan kaki dan membeli juadah di Bazar Ramadhan. hehe..Mood memasak sendiri masih meruwap...chewahhh..
Saya malas nak pergi bazar tu satu hal. Tak suka bersesak-sesak. Rimas la.
Nak membeli pun tak selesa.
Kalau teringin sangat tu saya pergi jugak kot nanti. Mungkin! ;)
Ex-schoolmate saya yg tinggal berhampiran dah 'bakar' saya ada nasi kerabu sedap di bazar ramadhan berdekatan rumah kami...hehe..
Bagi 'hantu' nasi kerabu macam saya, haruslah terjah kan nanti!..hehe
Oh saya bukan jadi penggemar nasi keabu sebab kahwin dengan orang kelantan ye,saya memang suka makan nasi kerabu dari sebelum kenal Radhi lagi.. ^_^

Semalam Radhi pergi KL dengan member dia. Saya tak ikut, nak basuh baju n kemas rumah sikit. Sejak puasa tak ada lagi mop lantai rumah tu. huhu
Dia balik dah petang dalam pukul 5. Saya teruja sebab dapat 1 lagi surprise dari dia. 
Oh suprise pertama adalah dlm post ini.. ^_^

Surprise kali ni memang benda yang saya da idam begitu lama..huhu
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
 yess! ini mmg idaman saya! hehe

Stereng kereta Momo 4batang..
Jangan tak percaya yea.:p

Saya memang suka make-up make up kereta, jadi sporty sket..hehe
Pasal stereng ni dah lama saya tak suarakan pada Radhi. 
Tup-tup semalam masuk je rumah, terus dia hulur stereng ni kat saya. 
Meloncat la saya!..hehe
Petang ni, mission untuk pergi pasang stereng ni di brothers. 
So berbuka di luar la hari ni.huhu

next mission: set of skirting =)

^____^

daa~~

Friday, July 27, 2012

Terlepas sahur

Assalamualaikum...

Seperti biasa setiap tahun perkara yg wajib akan terjadi bl bulan puasa adalah terlepas waktu sahur..hehe
Saya bukan tak kunci jam. Entah berapa jam yang dikunci.
Jam loceng yang bising tu 1, tablet saya 1 , handset radhi 1.
Start dari pukul 4pg, dan 4.15pg.
Handset radhi kdg2 aje kunci. ikut tuannya.

Pagi tadi saya dah sedar jam loceng yang bising tu bunyi pukul 4pg. saya matikan dan niat dalam hati kononnya 5minit je lelap.
Selalu tablet saya, saya letak kt side table betul2 tepi telinga saya. Tapi malam tadi saya letak hujung sikit.jadi jauh sikit la dari telinga saya, tapi still di side table saya.
Saya boleh tak dengar tablet saya menyanyi pukul 4.15pg tu. Ya Allah..

Sekali sedar-sedar dah pukul 6.15pg. 
Terus saya kejut Radhi cakap dah terlepas sahur, saya tak sedar.heheh
Dia pun terus tutup mata semula..huhu
Saya pun tutup mata semula. 6.30lg baru saya bangun siap-siap iron baju n tudung nak g keje & solat subuh.
Simpan lauk yang tak jadi sahur tu dalam peti sejuk..hehe

Takut jugak tak tahan, sebab malam tadi masa buka saya makan nasi sikit je. :(
Tapi alhamdulillah, Allah bantu saya hari ni. =)
Siap masa rehat tengahari saya lepas ke ekspo jom beli barang raya di presint 2 putrajaya lagi.
hehe
Balik tu pulak, saya naik ofis solat zuhur sekejap. pastu turun balik pergi bayar segala bil-bil kat Tmpoint sebelah ofis.hehe
Memang rutin saya bayar bil, sbb senang sebelah ofis je.hehe
Biasa sebelum bayar saya akan kire semua n text dekat radhi berapa total untuk claim dengan dia..haha :p

Alhamdulillah selamat puasa saya hari ni.
Tak lapar tapi haus Ya Rabbi..
Cuaca panas sungguh.
kat Malaysia pun dah panas, apetah di Mekah kan.

Semoga mak dapat menempuh dugaan di mekah. 
amin

^___^

daa~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...