Saturday, November 30, 2013

Start aerobik semula - Dynamic Aerobic Studio, Equine Park

Assalamualaikum..

Dulu aku pernah cerita yang aku join aerobik kan? pastu dalam 2bulan je kot aku join. Lepas stop aerobik memang tak de langsung aktiviti mengeluarkan peluh.

And now kesedaran untuk menurunkan berat makin membuak-buak dalam diri, so aku mintak izin Radhi untuk start semula aerobik. Alhamdulillah dia ok je. Aku pun terus la call  Kak Pozi, owner dan juga instructor aerobic tu. Sekarang jadual kelas dah lain. Dan rasanya lebih appropriate kot.
Kelas 2hari seminggu- Isnin and Rabu pukul 8.30malam - 9.30malam. So untuk yang bekerja tu, okla sempat memasak dulu untuk ahli-ahli rumah. Yang bujang kire perut sendiri je kan..

Yang paling best waktu aerobik sekarang ni adalah, sebelum aku gerak pergi kelas..memang aku just minum ESP je or not aku makan roti sekeping dua. Kalau untuk dinner Radhi time tu aku masak mee/kuey tiow goreng, aku jamahlah sikit. Dalam 8.15mlm aku gerak ke studio dengan berbekal seliter air. Amazingly in an hour, aku habis air seliter tu siap tak cukup lagi. Of course hari aerobik, aku akan habis 4liter air. Botol 2.2liter tu skrg aku selalu xhabis bawak ke opis, sebab skrg asyik hujan, kerap benor nak terkencing. Air yang tak habis tu biasa aku bawak balik, habiskan time masak or kalau banyak lagi biasa ofismate aku yg keje shift akan paw air aku..hahha.. Biasa aku akan habiskan juga at least 2.5liter paling-paling teruk pun.

Syukur, tadi aku timbang another kilo dah hilang. Alhamdulillah. I want more- insyaAllah. Pada yang sedang dalam diet nak turun banyak-banyak kilos dan menggunakan apa-apa juga supplement utk lost weight, AIR ADALAH TERSANGAT-SANGAT PENTING!!!! . Tak guna kalau korang just makan supplement utk lost weight tapi air tak cukup and tak bersenam dan TAK CONTROL MAKAN.

Ok berbalik pada tempat aku aerobik tu, studio tu memang khas untuk perempuan saje. Kalau nak tau dekat mana, klik pada word 'dulu' di awal entry aku ni. Nanti ade link terus kat entry lama aku yang aku ade bg guide kat mana studio tu sekali dengan nombor phone Kak Pozi , owner studio. Yang nak berzumba, YESS, kami memang ade buat zumba berselang seli dengan step, hi-lo, latin-salsa-mambo.

That's all pasal aerobik. aku nak buat promosi ujung-ujung tahun ni..
Siapa yang beli 3produk SHAKLEE ni, ESP or MEALSHAKE or PERFORMANCE DRINK akan dapat best price and 2 special gift dari aku. Bukan selalu tau aku nak bagi special gift sampai 2 ni....hehe

COD : Seri Kembangan :: Puncak Jalil :: Cyberjaya :: BB.Bangi
Postage to all over Malaysia.
Call/sms/Whatsapp : 012-3492056- Leeyana <SID910502>

^___^
daa~~



Thursday, November 21, 2013

Al-Fatihah Ahmad Ammar & artikel untuk rakan TTC

Assalamualaikum..

Dah 2hari aku baca kisah pemuda Malaysia yang terkorban akibat kemalangan jalanraya di Istanbul, Turki beberapa minggu yang lepas. Sungguh aku pilu bila membaca kisahnya. Sedikit sebanyak kisahnya membuat aku tersedar dari mimpi dunia yang leka.

Tak tahu pasal ni? Dari google kisah artis kahwin baru, artis bercerai, artis itu artis ini.. baiklah baca kisah pemuda ni - aku yakin korang pun akan sebak. google aje, Ahmad Ammar Ahmad Azam.. mesti banyak keluar cerita arwah.

Aku tertarik juga dengan artikel ni, khas utk rakan-rakan TTC seangkatan denganku. KLIK utk ke artikel itu.



Tabah - Redhalah dengan ujian ini. Teruskan usaha kalian...

Allahummaghfirlahu Warhamhu Wa'Afihi Wa'fu an'hu
Al-Fatihah untuk Ahmad Ammar

Monday, November 18, 2013

Senyap sunyi & Baiti Jannati

Assalamualaikum...

Sebulan lebih kot aku tak jengah blog ni n tak drop any entry. Macam biasa la alasan aku bila masuk sem baru, assignment!!! haha..

Lagi satu alasan yang memang logik, aku pindah rumah..huhu
alhamdulillah DIA permudahkan urusan kami cari rumah lain. Nak dijadikan cerita, satu pagi dalam bulan Oktober, aku sampai je ofis, terus bukak Mudah.My.. Search area Seri Kembangan, terus nampak rumah nk diberi sewa around our budget. Berkali-kali aku call, tak jawab, then aku call Radhi..rupanya dia pun dah tengok iklan yang sama. Memang kami berdua terus-terus call, plus Radhi sms.. aku pun sms.
Tapi owner tu reply sms Radhi, bgtau rumah tu available lagi. =) wink wink

After an hour camtu kitorg pasrah je. Tak lama tu, Radhi call dia da dapat deal dengan owner tu... Lepas cakap dengan Radhi, aku pulak call owner tu. Memang tak cakap banyak, akak tu tanya aku kerja mana ape sume then aku intro la yang aku ni wife someone yang call dia td.hehe.. Terus dia tanya, TM tak ada kuarters kan? hehe..Dia cakap, dia memang tak nak amek gov servant dah. Sebab kebiasaannya diorang ni duduk sekejap je, then tak sampai setahun duduk, nak keluar sebab dapat Kuarters. So dia taknak kerap-kerap cari penyewa baru. memang pucuk dicita ulam mendatang la. Aku pun tambah garam sikit, cakapla kami memang tak ada plan lagi nak beli rumah sebab masing-masing tengah study. Kalau ada pun plan nak beli rumah dalam masa terdekat ni, mungkin rumah flat biasa je untuk buat eset nak bagi sewa. Nak duduk sendiri memang tak la.. aku serik dah duduk rumah flat yang crowded tu.

Alhamdulillah owner tu pilih kami untuk duduk rumah tu. Dalam tengah bulan Oktober lalu, kami ke rumah owner di Seri Petaling untuk bayar duit booking. Dan bermula la sessi kemas mengemas.

2 November lalu, kami pun berangkatla masuk ke rumah sewa baru. Tak jauh pun rumahnya. Dalam 5minit je dr rumah flat lama tu.

Apa yang paling aku suka rumah ni adalah bahagian belakangnya ada tanah utk aku bercucuk tanam.. yeayyy!!!

Walau rumah sewa, ia tetap Baiti Jannati!!!!  ^_^

Banyak nak cerita ni..huhu..esok aku smbung lg.. gambar belambak2..huhu

^___^
daa~~

Wednesday, October 9, 2013

Kombinasi skincare Nour Ain & ESP Shaklee

Assalamualaikum...

Tahun lepas aku pernah cerita pasal skincare yang aku guna. Dat time aku dalam dilema nak cari skincare apa untuk gantikan produk yang dah lama aku guna. Around bulan Oktober last year, rasanya masa aku nak ke langkawi dengan family aku, aku start guna produk ni.

Tadaaaa...Produk ni tak jual kat pasaraya-pasaraya. Diorang jual online. Tapi aklau siapa biasa beli majalah Mingguan Wanita, iklan Nour Ain (NA) ada dalam majalah tu.

Bau sedap :)

Aku start tau kehadiran NA ni masa aku nampak member sekolah aku dulu post kat fb. Kena pulak dengan time aku memang tengah mencari ganti skincare dulu. So aku pun try la contact stokis yang dekat dengan aku.hehe.Alhamdulillah lepas 3minggu guna secara KONSISTEN, aku dapat rasa kulit muka aku jadi smooth je..hehe

By the way, aku start pakai NA, aku start jugak minum ESP dari SHAKLEE dan dengan hasil perubahan itu jugak aku register sebagai ahli shaklee....haha..itula kisahnya. Dan aku rasa the combination of NA and esp sangat menjadi dengan aku atas pertolongan Allah. Alhamdulillah. ofkos aku gembira.

Gambar ORI dengan camera tab without any apps

Dan pernah masa tu aku balik kampung Radhi, mak mertua aku sendiri yang tanya aku, pakai produk apa nampak kulit muka da halus, pori-pori and bekas jerawat dan semakin hilang..Dat time aku macam... awwww auwwww malunye....mak mertua aku perati kulit muka aku kot..haha..memang ke'best'an tu tahap langit ke tujuh - bak kata Yannie..haha Yela muka aku memang teruk dari remaja, banyak jerawat dan bekas-bekas jerawat and plus kulit aku jenis berminyak. Dats y aku sangat berpuas hati dengan kombinasi skincare NA dan supplement esp dari Shaklee ni.

Until i wrote this entry, dah setahun genap aku guna kedua-dua produk ini...Alhamdulillah.. =)

For those yang tercari-cari skincare yang sesuai untuk korang, aku sangat-sangat recommend produk Nour Ain ni. Sebab dah 3-4orang kawan aku termasuk aku guna, dapat hasil yang positif.

Kalau korang nak cari produk ni, boleh contact Yannie, thru whatsapp je pon bleh - 012-6868789.
atau pegi instagram die : Yanniebunny12

Last but not least, kalau korang mencari ESP dengan harga terbaik,
do email me or whatsapp me -012-3492056, and aku akan ceritakan lebih detail cmn aku gunakan dua-dua produk ni. =)

HOT SELLING!!!

Yang penting kena konsisten dan kena sabar. =)

^__^
daa~~


Monday, October 7, 2013

Baiti Jannati - belum rezeki

Assalamualaikum...

Aritu aku ade cerita aku dengan Radhi dok mula proses mencari dan membeli rumah kan? Then lama aku tak cerita pasal tu.. sebab ade cerita sedih disebalik cerita rumah tu.

Kami dah bayar bayar booking, evaluator pon da siap buat nilai rumah tu. Bila kami get back to owner nak mintak segala dokumen diri dia untuk buat SnP, dia bagitahu rumah dia dah jual pada orang lain dan tak dapat nak contact Radhi sebab no telefon Radhi dia tak simpan.WTH!!! Memang time tu aku macam kena rasuk hantu la, pedulik apa aku dasar Cha Ya Nun Alif. Nasib baik dia pulangkan balik  duit booking kami, cuma yang tak bestnya kami minta dia cover sendiri duit bt value rumah tu. dia refuse utk bagi full. cuma dia bg 1per3 dari jumlah je. Redha je la kami.

Lepas pada kejadian tu, aku da sepakat dengan Radhi, kami nak lupakan sementara hal nak beli rumah ni. Mungkin belum rezeki kami, walaupun aku rasa untuk beli rumah tu memang InsyaAllah la boleh lepas tapi kalau dah bukan rezeki kan? Sekarang memang kami lupakan sementara niat beli rumah tu, sebab masing-masing sebuk dengan kelas. Sampai ade 1 minggu aku rasa penatnya hanya Allah je tau, pulak tu Sabtu tu adalah hari 1st tutorial aku untuk sem ni. Bangun pagi sipi-sipi lagi matahari nk kuar, kelam kabut subuh, kelam kabut mandi, kelam kabut siap nk g kelas. Saat tu aku terfikir, mungkin juga sebab ni Allah belum bagi rezeki anak kat aku. Kalau ada baby, kang dengan anak aku ,aku anta umh kakak aku dengan tak mandi..hehe..(Owh, walaupun tanda mengandung takda lagi, kakak aku da willing nak menjaga anak aku dikala aku ke kelas, sooo sweet..hehe)

InsyaAllah hujung bulan ni aku akan pindah. Legaaaaa... Aku sebenarnya dah lama tak tahan duduk di kawasan rumah sekarang. sakit otak! Kotor sangat plus padat gila dah kawasan flat aku duduk tu. Nak parking pun kalau balik da malam, memang tak tahu nak parking mana. No manners ramai yg duduk situ. Kadang aku solat maghrib dalam bilik, blkg bilik aku riuh lagi budak-budak dok main sambil mak-mak bergosip dibalik tingkap bilik aku. Perkara yang buat lagi kuat kitorang nak keluar dari rumah tu, sebabnya ada 1 malam tu kitorg keluar, bila kereta kami di pantul cahaya lampu kereta lain, nampak kesan tapak tangan atas cermin depan kereta kami. walllahhhh, hebat! sampai panjat kereta aku da. Dari terus bermendam perasaan benci macam tu, baik kami undur diri.Actually rumah aku tu xde masalah pun, cume environment kat situ buat kami tak selesa. Sejak puasa aritu, dah 3 kejadian bakar kereta/motor terjadi. Aku taknak kami pulak jd mangsa seterusnya.

Lepas kawen, ini rumah ketiga akan kami diami. Harap-harap inilah yang terakhir sebelum kami punya rumah sendiri. Semalam kami jumpa owner rumah yg kami bakal sewa tu. Alhamdulillah owner baik, family dia pun baik-baik. Siap pesan jaga macam rumah sendiri. Blakang rumah tu ada tanah, kalau nak bercucuk tanam ke tanam bunga ke boleh la. owh memang seronok la...hehe

#Kita merancang, Allah juga merancang tapiiii perancangan Allah adalah sebaiknya untuk kita. REDHA!


^__^
daa~~

Friday, October 4, 2013

Usaha Diet - Beras Taj Mahal Faiza Herba Ponni

Assalamualaikum..

Lagi usaha aku untuk menurunkan berat badan adalah dengan mengubah kuantiti pengambilan nasi. Alhamdulillah cobaan ini berjaya. Memang betul nasi tu kalau ambil berlebihan boleh menaikkan berat badan. Sejak lepas raya, aku sikit2 cuba kurangkan pengambilan nasi dan lebihkan sayur. Best gila rasa bila penimbang aku da menjarak lebih jauh dari berat sebelum puasa aritu. hehe

Nak diet/turunkan berat badan memang perlukan pengobanan. Kat rumah, aku memang tak sentuh segala jajan-jajan or segala bentuk makanan ringan. Memang aku tak belilah senang cite. Air gas memang sejak TTC aku tak sentuh and one more thing aku ada gastrik yang teruk, so memang aku avoid air gas dari aku terseksa bilamana gastrik menjelma... memang hazabbbbbb!!! The only snack yang aku simpan bila lapar kat rumah adalah biskut oat krunch, selain buah-buah. Kalau stok buah dah habis, biasa aku buat air horlick lite 3in1 time dinner teman Radhi makan..hehe...Tapi kenkadang kalau terliur dengan lauk aku masak sendiri, aku jamah jugak lauk tu dengan sesudu nasi..haha sendiri masak sendiri tak tahan..haha


Horlicks lite 3in1

oat krunch

Setelah diskas dengan Radhi, InsyaAllah kitorang akan bertukar ke beras yang kurang kanji - Faiza Herba Ponni. Mulanya ade geng suggest aku dulu suruh pakai brown rice, bila aku cerita kat Radhi. Takde keputusan..haha..aku pun takut tak boleh telan sebenarnya..haha..kang membaziaq kate orang utara..haha
So keputusan kami adalah Herba Ponni.



Nanti aku share pulak, berjaya tak usaha aku dengan tukar beras ni. Diet-diet jugak, aku bukan diet tak makan nasi, cuma aku kurangkan. Tak boleh wey tak makan nasi. Gigil aku rasa! haha

Doakan aku berjaya, sikit lagi nak tukar angka depan berat aku...sronok weiiii..


^__^
daa~~

Wednesday, October 2, 2013

Promo Buy 6 Free 1 - Shaklee Collagen Powder

Assalamualaikum..

Bulan ni bulan terbaik untuk bakal -bakal pengantin yang akan jadi raja sehari hujung-hujung tahun ni.
Shaklee ni pandai tau, buat promo Collagen terbaik punya. Pasti korang tak kan menyesal.

Harga terbaik ni bukan boleh dapat setiap bulan. Memang betul-betul belian terbaik

Meh aku share sedikit kebaikan Collagen Powder dari Shaklee ni


Nak lagi? Okeh, meh baca artikel tentang Collagen Powder Shaklee ni dari Majalah Isihat


Nak lagi keterangan lanjut tentang Collagen Powder ni? Or tentang produk-produk terbaik Shaklee yang lain? Boleh komen dan tinggalkan email address or do call/sms/whatsapp me @ 012-3492056

Pastinya harga terbaik akan diberi... =)


Leeyana
SID : 910502  - COD : Seri Kembangan::Cyberjaya & Putrajaya::Puncak Jalil:: BB Bangi
Call/sms/whatsapp : 012-3492056
email : leeyanaradhi@gmail.com
FB page : Double R Healthy Pharmacy


^__^
daa~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...