Friday, August 30, 2013
Pasal Pejabat dan Kerja
Yeay Alhamdulillah.. habis dah exam aku semester ni dan juga berakhirnya tahun pertama aku buat degree. Syukur, semuanya dipermudahkan.
Pernah tak korang rasa bosan dengan kerja korang, bosan dengan persekitaran kerja korang dan rasa bengang dengan orang yg korang bekerjasama? Hmm tu la yang aku rasa. dan itu jugakla sebab terbesar aku sambung study. Kerja aku melayan customer, walau bukan layan face to face, tapi layan dengan phone call dan e-mail. Bukan aku tak bersyukur duduk dalam sebuah syarikat yang besar, tapiiiii orang kata ofis ni cam rumah kedua kan, so untuk jadi rumah kedua kita kenalah suka dan sayang dengan rumah kita. Yang buat aku masih kuat di sini, adalah kawan-kawan.
Banyak benda lagi aku nak belajar dalam network ni. Dan aku rasa ini bukan hati aku untuk duduk di sini melayan customer sampai aku pencen. Jalan untuk keluar,a ku pilih untuk study. Dan semoga usaha aku untuk keluar dari department ni lepas dapat degree termakbul!!!
Sekian bebelan aku petang ni..
Selamat Hari Merdeka!
^__^
daa~~
Wednesday, August 21, 2013
Final exam!!
Assalamualaikum...
Mintak maaf sesangat, blog aku semakin tebal debunya..
Lepas raya,mood blog kelaut benar!! Plus dengan final exam start.
Time raya memang aku curi-curi masa study...pedulikla org kampung nak cakap apa, yg exam aku...huhu
Esok, paper pertama aku...subjek membaca dan menghafal!!
Harap-harap boleh jawap dengan logik!!
Paper kedua n last, khamis depan..then yippie..merdeka!
Ni pon aku tgh menghafal lg sbnrnye..nak tido tak tenang..kekkeke
Tapi rasa kejap-kejap lagi kena tido, aku nak bangun kul 4pagi menghafal, then radhi pegi kerja..aku qada tidur yg sikit tu semula then get ready to exam hall...
Next sem, masuk tahun kedua aku..yeahhhh..sekejap je rasa..
Bila bt rasa kejap, bl tak buat tu yang rasa lama..hehe..trust me!!
Okla lepas exam, aku sambung memblog ye..
^_^
Daa~~
Thursday, August 1, 2013
Nasyid ~ Cinta Dan Harapan - FIRDAUS
Aku suka dengar lagu ni. Tenang je...
Ohh aku memang pecinta nasyid..hehe.. tak percaya? silalah percaya...sejak dari zaman sekolah lagi.
Kelmarin hanya tinggal kenangan
bersama peristiwa semalam
adakah hari ini yang kutempuh
kan bersinar untuk hari esok
Benarlah apa yang telah dikata
penantian itu satu penyiksaan
kepastian membunuh kerisauan
ketabahan mendamai keresahan
dalam dada ada bara cinta yang menyala
dalam cinta ada kita berdua
tiada siapa yang bisa merungkai rindu di jiwa
dengan iman dapat kita membendungnya
hanya kudrat tuhan
yang bisa menyatukan
dan bisa merelaikan
cinta sesama insan
rahmat kasih sayang
yang amat diharapkan
tuk kita abadikan
kasih di alam cinta...bahagia..
^__^
daa~~
Rest In Peace - Chua Boon Huat
Harimau mati tinggalkan belang, manusia mati tinggalkan nama, itulah yang terjadi pada pemain hoki Malaysia Chua Boon Huat..
Dia dah pergi buat selamanya meninggalkan jasa mengharumkan nama negara dalam sukan hoki.
Pagi tadi masa siap-siap nak ke ofis, biasa aku bukak Astro Oasis, tengok ulangan Tanah Kubur, habis tanah kubur baru aku keluar rumah. Tapi pagi tadi aku buka astro 856, siaran radio ERA. Berita 7.30pagi, masa tu aku dah bergerak ke muka pintu nak keluar, sekali dengar Pemain Hoki Negara, Chua Boon Huat mati akibat kemalangan jalanraya di LDP berhampiran LRT Kelana Jaya. Disebabkan dok bergegas nak ke ofis, aku puas dok fikir betul ke yang aku tengah bayang tu Chua Boon Huat tu, sebab dah lama tak ikuti hal-hal Hoki ni.
Sampai ofis, aku terus google image, SAHHHHH betul yang aku imagine tu Chua Boon Huat. terusss rasa sedih. Bagi aku dia sangat legend! Main hoki wakili negara dari umur 17tahun. Muda lagi umur 33tahun skrg.
Dia antara pemain hoki yang aku suka. Yang paling aku suka of course pasangan adik beradik, Keevan Raj & Logan Raj..hehe..diorang ni ade styleyang best. ape yang best entalah...Mungkin sebab diorang ni handsome aku suka tengok kot..bahahahha
Lepas aku sah kan muka CBH tu, Nadia aka Joey - housemate aku masa study kat IKIP Kuantan dulu plak whatapps aku ckp pasal ni. Owhhh kami sangat banyak memori pasal player-player hoki ni...hehe adoiii tetiba mengulit kenangan zaman nakal-nakal dulu..haha
ini dia orangnya...CBH
Pahang tuuuuuuu...hehe
kalau nak tengok keadaan kereta Proton Perdana dia, klik ni
REST IN PEACE, CBH !
daa~~
Monday, July 15, 2013
Assignment oh assignment!!!
Dari study zaman sijil dulu, kalau dapat assignment due datenya seminggu, lagi 2haari nak hantar barula aku terhegeh-hegeh nak buat. Pernah aku try buat awal-awal, tapi tak de feel la..kekeke
Memang! Aku bukan jenis yang study smart! Sekolah je SMART dulu...hehe...Kalau aku study awal-awal rasa macam tak best, ada je benda aku lupa.Main-main pun banyak..kekeke
Zaman buat diploma dulu lagi syiokk kalau study time minggu-minggu exam ni, memang jenis siang tu membuta dulu, malamnya aku dengan geng rapat aku berjaga kadang-kadang sampai subuh, baru tido. Kalau esoknya ada paper, paling lewat pukul 4pagi kitorang akan tidur dah. Then bangun subuh, siap-siap nak exam..Balik exam terus membuta semula. hehe
Masa diploma, subjek teknikal dan math yang banyak sebab aku buat elektronik. So assignment siap boleh tiru-tiru sebab kalau math tu ofkos la same je jalannya untuk dapat jawapan. Tapi kalau bab subjek membaca ni, adehhhhhh lambat sikit aku nak sudahkan..Macam tepu otak aku nak memikir ayat.
Penyakit buat assignment last minit ni, aku bawa sampai ke time degree skrg ni..haha..sekarang dah masuk sem 3, masa awal sem 3 dulu.aku pernah berazam nak start assignment awal, tapiiiiii hancussss!!! Takde idea la aku, feel tu takde. Ade la aku susun 2-3 baris ayat. Then aku peram je. Tapi 2minggu lepas aku bukan jugak, cari idea, kumpul idea dari internet. Aku memang tak suka buat assignment esei ni. Letih nak memikir and mostly subjek sekarang ni semua esei. Gila hokeh minima 2500words. huh! =_='
Sem ni, ada subjek data analysis, dan aku sangat suka subjek ni. seronok! plus lecturer tu pun best! At last otak aku boleh jugak terima IT dan keluar dari mindset aku yang da berselirat dengan litar-litar elektronik..hehe
Selama tengah buat degree ni, memang aku tak ada la submit assignment awal gila.. Paling-paling awal pun, 2hari sebelum due date..hehe..
Aku akan belek hari dan baca balik selagi aku tak puas hati, aku akan tengok. Rasa macam ade je yang tak best..haha.. Ni due date assingment adala hari rabu ni, dan alhamdulillah selamat dah semua assingment aku submit. Yeay!
Sekarang struggle untuk final pulak. Final kali ni tak best sebab a week after raya da start exam dan paper aku adalah 2weeks after raya on Radhi's birthday! wuwuwu
Aku harap aku dapat score subject data, sebab aku enjoy sangat dengan subjek tu..hehe..Aamiin...
^__^
daa~~
Sunday, July 14, 2013
Melepasi setengah tahun
Monday, July 1, 2013
Scam email dari RHB Now
Phewww, alhamdulillah dah masuk Julai pun kita. 9days to Ramadhan, yeay! Aku ada misi untuk Ramadhan ni. Ramadhan lepas tak tercapai misi aku, harapnya setelah Allah bagi peluang untuk aku tempuh Ramadhan ini (inshaaAllah), aku dapat manfaatkannya dengan sebaik mungkin.
Sejak seminggu dua lepas aku selalu terima email dari RHB yang suruh aku validate profile aku macam ni :
| nampak kan? sorryla aku edit guna paint je, pc ofis aku tak semakkan dgn software bagai |
Email tu aku ignore tapi dalam hati dok fikir jugak, iye ke tak ek. Sebab monthly salary aku, masuk akaun ni. Mane tak cuak. Itu 24Jun, esoknya payday..hihi
Selang beberapa hari aku dapat lagi email
| 26 Jun 2013 |
Dan hari ni, aku dapat lagi email dari RHB ni
| email pagi td : 1Julai 2013 dalam 8:30pg |
| website scam |
Lepas letak telefon dengan agent tu, aku bukak website sebenar-benar RHB online.
| true website |
Sekian pesanan khidmat masyarakat..hehe
^___^
daa~~


