Saturday, June 18, 2016

Forever Living : Register sebagai ahli dapat FREE Aloe Vera Gel

Assalamualaikum...

# Post ni akan melekat diatas sehingga promo ini berakhir, scroll down utk new entry. =))

Haaa meh nak share sesuatu yang MENARIK untuk semua. Semua orang suka bila nampak FREE kan? heheh..



Forever Living tawarkan FREE ALOE VERA GEL untuk setiap pendaftaran ahli secara online tau..Yess dulu memang Forever Living buat daftar ahli dapat FREE aloe Vera Gel tu tapi beberapa menjak kebelakangan ni tidak lagi .. TAPIIIIII sekarang ada PROMO Register sebagai ahli dapat FREE sebotol ALOE VERA GEL secara ONLINE SAHAJA tauuuuu!!!

Harga tetap sama iaitu RM 90 dan disebabkan daftar online kenalah tambah bayaran postage RM15 so total pendaftaran RM105 korang akan dapat starter kit , aloe vera gel dan pembelian seterunya korang akan dapat potongan 15% . Selepas tu terpulang pada korang samada jadi ahli untuk kegunaan sendiri atau untuk memulakan bisnes bersama FOREVER LIVING. Yaaa! Modal permulaan hanya RM90 je korang boleh mula berniaga.

Aku sendiri pun mula dengan RM90, kemudian berjinak-jinak sharing2 dengan kawan-kawan then diorg ada yang nak jadi ahli, ada yang beli untuk kegunaan sendiri tanpa jadi ahli. Tup tup tiba-tiba sebab dah banyak beli untuk diri sendiri dan untuk kawan-kawan, keahlian aku DIUPGRADE jadi VIP yang mana diskaun untuk VIP adalah 35%..bertambah seronok untuk sharing kebaikannya. Dan bila dah jadi VIP kan, kita layak untuk mendapat BONUS yang Forever Living tawarkan. yeayyyy!!!

Kalau korang berniat untuk berniaga, jangan risau kita ada support group yang selalu akan share dan discuss pasal semua produk yang ada dalam Forever Living. Apa yang buat aku suka sangat berbisnes dengan Forever Living ni adalah sebab : Kalau korang pernah berada dalam mana-mana company MLM mesti korang tahu pasal BV, PV, GV la segala kan? Itu semua point yang korang kena kejar untuk layak mendapat bonus, betul tak? Tapi tidak di Forever Living!!! Takkan ada leader yang akan push ko setiap kali nak hujung bulan untuk cukupkan BV, PV, GV tu semua. Yes trust me! Thats why aku rasa seronok dengan Forever Living. :)))

And 1 more thing, dont worry.. Forever Living dah 37tahun di dunia dan berada di 160buah negara seluruh dunia. Mana negara yang korang pergi pun, kalau korang adalah ahli Forever Living, korang layak membeli produk dengan harga ahli. Forever Living ada ladang dan kilang aloe vera sendiri, thats why Forever Living kukuh dan bertahan even ekonomi merudum.

Itu je yang aku nak share. Kalau berminat nak jadi ahli, korang boleh contact aku untuk pertanyaan lebih lanjut: -

#leeyanaFLP
0123492056
leeyanaradhi@gmail.com


Like FB & Follow IG : Forever Living Sisters 

Wednesday, April 20, 2016

#shellout @ office

Assalamualaikum...

Jumaat, 1April punya cerita. Idea dah lama tapi baru terlaksana. Dah nama pun hari jumaat kan, lunch hour lelaki-lelaki opis aku sume takde la. hehe

Team aku kumpul duit rm20 sorang. Kitaorang sume ada 10orang termasuk sorang lelaki, tapi mamat tu nk contribute jugak so layannnnn...hehe..

Duit tu kitorang bahagi semula mengikut bajet masakan. Menu pulak bahagi setiap 1jenis seafood sorang. Semua masak sedap... yumsss...Rasa seronook plak makan ramai-ramai mcm tu. Tak boleh buat selalu, sebab nnt semua dok ngadap makan. Office aku worldwide call centre, so 24hrs akan ada call masuk, kalau tak dari Malaysia, dari oversea.

Kebetulan masa kitorang buat ni, manager aku ada (indian man), dia la tolong tunggu centre jawab call sementara kitoang makan. hikhik ..Dia pun eksited tengok kitorang dok prepare makanan atas meja without pinggan.. haha..

Aishhhh ngences plak tgh type...haha... Tak boleh makan selalu seafood ni, asid uric kuat...hehe.. Lepas makan aku telan Arctic Sea dari Forever Living.. Nak singkir balik asid-asid yang ditelan, kolesterol n minyak..

Duit rm200 tu bukan setakat makan tu, dapat beli aiskrim jugak ditambah la ada exec office aku topup beli. Memang jimat and puas hati. Kenyang tahap ular sawa rasanya...hahah

Korang try la buat pulak. Potluck dengan adik-beradik pon best.hehe

note: nak beli Arctic Sea, meh WA aku - 0123492056.. Sapa yang ada GOUT & HIGH CHOLESTEROL tu, elok la telan Arctic sea.. gabungan minyak ikan dan minyak zaitun utk cuci saluran darah yg sebabkan viseral fat tinggi.






daa!
^_^

Monday, April 18, 2016

Mengunjungi #Johanandhiscats

Assalamualaikum...

Cerita ni dah 10minggu berlalu tau.. haha.. belek-belek gallery phone aku, banyak gambar kucing-kucing Johan ni. So aku meh aku share experience aku ke sana.

First sekali, korang wajib beli pass secara online, walk in memang sangat tak recommended, sebab sokmo-sokmo full. hehe..Nah aku bagi link untuk korang beli pass > Beli Pass Johanandhiscats . Klik je situ, nanti terus masuk link korang baca dulu term and condition. WAJIB! Korang kena pilih date bila korang pergi then sesi pukul berapa. Dulu peruntukan masa sejam setia sesi, sekarang aku tengok 50minit. Mungkin 10minit tu masa untuk diorang kemas-kemas or sapu-sapu sket studio tu kot. Tengok timing diorang buat sekarang lebih teratur, sebab waktu rehat kucing-kucing tu lebih panjang. Masa aku pergi dulu, kucing aku macam penat pun ade gak sebab rehat sejam je then banyak kucing yang tidur.

Nanti korang akan dapat booking confirmation macam ni. ade booking number, kalau malas print. Ingat je no booking. =)


Setelah booking tempat, so tibalah masa untuk beramah mesra dengan kucing-kucing di sana... yippieee... Masa aku pergi hari tu, sesat gak.. haha.. Pastu aku teringat dalam IG dia tulis berdekatan dengan Shell out dan Zawara coffee.. Maka aku waze je shell out... zassss terus sampai Radhi yang nampak...hehe


Ni lah bangunannya.. hehe.. Masa aku pergi dulu pet shop bawah tu tak bukak lg, cafe pon tak bukak lagi. Sekarang maybe dah bukak kot..

Studionya kat tingkat 1, so kena naik tangga. Kat depan pintu nak masuk studio tu ada rules bila masuk studio..


So now, meh aku jamukan mata korang dengan gambar kucing-kucing kat sana


Yang ni sedap je pegang, kuss semangat badan. PADAT!!


Si kembang yang bersinglet ni, lincah sangat.. Melompat sana sini je. Telinga terkelepet ..hehe..Kadang-kadang garang sket..


Yang ni ape tah namanya, aku lupa..Tengok mata dia, macam pakai eyeliner kan...Ni manja, terkelip-kelip je...


Yang ni aku geram sangat, makin orang amek gambar, makin dia buat muka comel manja gituh.. aishhhh :p


So ni aku combinekan gambar yang aku ada up dalam IG aku lepas aku pergi aritu. Update IG aku memang kencang..heheh

Last but not least haruslah tepek gambar makpak kucing abadi ni memeluk kucing...haha


Sama comel tak? ehhhh!!?? hahah


Radhi memang suka manjakan kucing macam ni. Kucing aku kat umah sampai kadang taknak kat aku...haha.. sebab aku jenis mak tiri, sokmo jerit kalau kucing aku dok luar belakang time aku masak, sebab pernah je dua ekor tu melompat keluar grill belakang pergi melawat pokok-pokok belakang umah... hurmmm sejak tu aku selalu jadi mak tiri, kalau tak bukak pintu belakang tu tak boleh, wap masak masuk tengah rumah nanti...sauna plak aku tengah memasak...hahahah


Ni suasana dalam studio tu. Korang boleh lepak memana port yang korang suka. Yang menggilai kucing tu, korang harus terjah satu persatu kot studio kucing yang ada kat Malaysia ni kot. Setakat yang aku tau, area Klang Valley ni ade kat johanandhiscats ni je. Pastu kat JB aku tau ade 1. mane lagi yang ada korang tau? Share la... Yang kat JB tu nanti kalau aku p lepak JB umah abang aku, aku nak pergilah..hehe..

Owh yea, aku tak pernah cerita lagi pasal kucing aku dua ekor tu. InsyaAllah dalam masa terdekat aku cerita eh. Dari kecik sampai besar dah aku bela dua ekor tu.. sayang dah overload kot. haha.. Kalau aku pergi bercuti, tinggal dua ekor tu, mesti sokmo teringat. Yang addict dengan kucing mesti faham perasaan ni kan... hehee

daa!
^_^


Wednesday, March 30, 2016

Merempan

Assalamualaikum...

30/3/2016
2040pm

Aku masih kat ofis sambil ditemani station radio KOOL FM, sebab duty aku setiap hari rabu aku kena OT. Ye kat ofis aku memang ada OT wajib utk team aku every week dan kebetulan duty aku jatuh setiap rabu. senang ingat!!

Esok jika umur masih panjang, genaplah aku hidup di dunia utk tahun yang ke-32. huhu .. dah banyak umur aku. =)
Tetiba aku stress hari ni, bukan stress sebab umur makin banyak. Stress bila ramai org bergantung bahu kt aku.. Sebab aku pun tak kuat, banyak benda lain yang aku kena handle terutama hati. Ini bukan masalah rumah tangga tau. Aku dengan Radhi alhamdulillah ok. Kalau selisih faham pun kitorang tak lama, sebab aku tak suka senyap-senyap tak bercakap. So kalau selisih faham aku memang cepat minta maaf. Tak bestla gaduh dengan laki lelame..huhu...

Entahla nk cite banyak pun kang aku nangis. ye aku cengeng! hati ni cepat nau nak nangis. Bila aku marah sangat memang aku akan nangis. Nak cerita kat org pun, naik bosan plak org mendengar cerita aku yang nak merempan. BFF aku baru bersalin, malas la nk sesakkan kepala dia dengan kegusaran hati aku ni. Kesian dia.. Tapi aku memang rindu gila nk cerita kat dia, sebab dia selalu akan bg semangat kat aku, never fail!!.. I love u babe.. klu ko terjumpa blog aku ni, please bear in mind, aku memang rindu gile kat ko!!!..huhuh.. huiii nak nangesssss... :(

Pada Allah aku mengadu, sesungguhnya hanya DIA yg mengetahui luar dan dalam , baik dan buruk semua hambaNYA... Allahu akbar...



sebuah cinta dan harapan
menjadi debu beterbangan
tersekat nafasku
kabur pandangan mata
amat tersiksa jiwa
kerna kehilangannya...

(saje type lagu tu, tgh on air kt kool fm.. aku sukalah radio ni.. banyak lagu tika zaman aku membesar.. mcm radio English, Mix FM gituhhh)

daa!!

Tuesday, March 29, 2016

25 Things That Make Me Happy / 25 Perkara yang Menggembirakan Saya

Assalamualaikum..

Apa yg perlu dibuat?

Create new post + tepek banner mcm kt bawah ni



Mention blog/blogger yang tag kamu

Aku telah ditag oleh Nana ....

Senaraikan 25 perkara yang menggembirakan saya

Tag sekurang2nya 5blogger & pastikan mereka tahu yg mereka ditag.

Share favourite quote of the week! ( jika takde, it will be fine)

Let see what i've listed

1. Bila sedih teringat saya ada suami yang sgt memahami dan sentiasa disisi
2. Dapat surprise
3. SINGING WHILE DRIVING
4. Suami makan dengan berselera setelah saya memasak
5. Teringat kenangan ketika buat Umrah 2015
6. tengok baby yang comel-comel
7. perasaan tenang yang dtg lepas solat
8. bila org appreciate kita sbg kawan
9. bergelak sakan dan merempan bersama soulsisters
10. spend time dengan keluarga
11. aktiviti luar bersama suami
12. gomol my LATTE & OLICK (think i never story mory here) huhu
13. kayuh basikal naik bukit yg agak tinggi tanpa turun dari basikal (i am obese)
14. bergelak sakan dengan opismate
15. dapat BELI TIKET AIR ASIA time promo yang berbaloi-baloi *grinnnnn*
16. Dengar n miming lagu nasyid, INTEAM especially (too many kenangan)
17. Dapat BONUS FOREVER LIVING ( masuk tgh bulan mengambang) :=)
18. Suami ajak Shopping dan makan sesedap
19. Sabtu & ahad yang tiada aktiviti, boleh golek2 tgk tv
20. bila ada customer baru or lama order FOREVER LIVING
21. customer bg testimoni yg baik tentang FOREVER LIVING
22. suami puji saya masak sedap (dia mmg susah nk puji - taknak riak katanya :p)
23. dapat minum air masak 4LITER SEHARI tanpa telan air manis pd hari itu
24. bila my brother open table yg mahal2, sponser hotel best...haha
25. masih bernafas dan masih dpt jalankan tanggungjawab sebagai isteri & anak.

So itula antara perkara yang buat aku gembira, nak list semua mcm bnyk plak.. mintak 25, so kite bg 25...hehe..

So now, nak tag :

Yani
Eyzamiel
Reha
Faeza
Qast

my favourite quote ! 


^__^
daa!!






Tuesday, March 22, 2016

Vitamin C Forever Living Products

Assalamualaikum...

Nak share pasal Vitamin C yang aku makan. Aku memang tak pernah ambil Vitamin C yang tinggi2 dosnya untuk kulit cantik dan sebagainya.. huhu

Now ringan plak mulut aku nak menelan Vitamin C..haha..
Aku makan Vitamin C dari Forever Living. Dalam Forever Living, tak dipanggil Vitamin C tapi namanya adalah ABSORBENT C. Nilai dosnya  60mg bagi sebiji absorbent C.


Itu la rupa Absorbent C Forever Living. Bila kemam dia ada serat-serat bran oat.. Kanak- kanak pon sangat bagus makan Vitamin C ni. So dalam sebotol ni, boleh dishare untuk seisi rumah. :)

Korang pernah tengok video demo Absorbent C ni? demo tu di bandingkan antara klu kita minum air lemon VS absorbent C. Kalau belum pernah tengok, sila terjah

FB page aku : FOREVER LIVING SISTERS...

Instagram : @foreverlivingsisters



  • Satu tablet Forever Absorbent-C membekalkan 60mg vitamin C, yang bersamaan dengan saranan pengambilan harian bagi orang dewasa.
  • Merupakan antipengoksidan yang membantu menentang radikal bebas. 
  • Berguna untuk kesihatan kulit, hati, buah pinggang dan jantung.
  • Membantu mengurangkan alahan dan kesan toksik ubat.
  • Membantu merangsang pembentukan kolagen antara sel-sel, justeru itu berguna bagi memperbaiki dan memulih kulit.
  • Membantu dalam proses penyembuhan luka dan meningkatkan sistem imun.




Macammana nak order dan beli?

Boleh order kat aku : call/sms/whatsapp : 012-3492056 - [[[ aku lebih prefer whatsapp. :) ]]]

COD : weekdays  - Seri Kembangan/ Cyberjaya & Putrajaya - tempat2 berdekatan lain, kita boleh runding

COD Weekend : Klang Valley, insyaAllah aku bergerak dengan kakak aku.

Postage : Seluruh Malaysia.

daa~~





Wednesday, March 16, 2016

Workout & berbasikal

Assalamualaikum...

Lama gila aku menghilang dari blog ni... kesian blog..huhu..

Update secara pantas apa yang dah berlalu diawal 2016 ni.

Since awal Disember 2015, aku join workout Jom Kurus (katanya) dengan MySihat. Asalnya travel partner aku, Ida yang ajak sebab group dia masih ada kekosongan. Lepas dapat permission dari Radhi, aku pon join SEBAB UTAMA adalah FREE!!! Benda free semorang pon laju kan? haha

Terus terang aku cerita join Jom kurus ni best, 1st thing of course dapat kawan baru yang ada semangat sama dengan korang. Then dapat belajar cara pemakanan yg berkhasiat. Pastu dapat belajar cara mudah nak bersenam even kat rumah pon kau boleh berpeluh sakan. :)) . Workout ni ada coach, ada dietitian, ada physio yg akan monitor n guide.

Ikhlas aku cakap join ni aku tak banyak turun sebab makan kadang aku tak jaga. Tapi inchloss aku memang banyak especially tang pinggang. Maybe lemak burn, muscle pon naik sebab workout. Peratus lemak aku menurun 2.5% dalam masa sebulan. Itu ade gak la aku cheat2, jaga pon dalam 3hari sebelum timbang..haha..Vonvon tak turun pon, maintain kau sebab buat squat.. haha.. ramai team mate aku yg vonvon tak trun, ade yg naik plak sbb squat.. vonvon jadi cantekkk gituhh!!.. :D

Bila ada free time, Radhi tak kerja on weekend..kitorg p kayuh basikal. Mamat tu dah beli basikal baru.. mahal dan memang best..ringan nk mapuh!..aku dah try, tp sebab tinggi sepadan dengan tuannye. aku ni agak katik..haha..sangkut celah kangkang aku..Basikal lama dia pass kt aku dan basikal 1st yang dia beli ms time beginner nk acah2 cycling dl dah selamat ke tgn owner baru. Alhamdulillah..Kejapan je iklan, ade org beli.. Means aktiviti kayuh basikal dah tgh UP balik...

Setakat ni kitorang dah join Konvoi berbasikal Hari Wilayah kat Putrajaya 28Feb aritu. Best! Pengalaman pertama...More to come , InsyaAllah.. After this, kitorang akan join Kayuhan Kemanusiaan anjuran Islamic Releif pada 2April.. :))

This year, focus kitorang untuk aktif bersukan. Aku taknak sebut nk kurus, sebab nak sampai bila aku fokus nak kurus je. Aku alihkan fokus aku untuk nak fit dan sihat. Sebab ada orang diet sampai sekat makan untuk kurus cepat, end up dtg plak penyakit tah pape, aku takut camtu. Aku memang jenis aktif bersukan dari sekolah rendah, bila berhenti sukan jadilah badan bagai dipampam ibarat hot air ballon.. :)) Dulu aku nak lari 1 dewan badminton yang ada 3court x 3round pon aku da rasa lemau n cungap2..but now, 5round pon alhamdulillah masih ok.. tapi aku tetap tak suka berjogging..hahah..

Eh eh bila da start membebel, nak membebel aje plak jari ni tak berhenti..haha..

daa..
^_^




Wednesday, December 2, 2015

Wordless Wednesday : Therapy for stress :)

Assalamualaikum...

#AdultColoring #SecretGarden



daa!
^__^

Tuesday, December 1, 2015

Free Seat Air Asia balik Kelantan

Assalamualaikum....

Ahad tu hari aku takdek keje dok umah sambil marathon Tuan Anas Mikhael, aku dok blogwalking sana sini sekali aku terbaca kt bloglist aku pasal entry Kak Neena pasal free seat Air Asia . Aku takdek berhajat nak membeli pon, saje nak baca apa isinya entry tu.  Korang kalau nak baca boleh klik kat ayat yg bold tu aku dah siap2 link kan. hehe.. :D

Sesambil aku dok baca tu, kebetulan plak Kak Neena kasi contoh ke Kuala Terengganu, teruslah aku terasa macam nak test ke Kota Bharu kg halaman tercinta my other half, Radhi...hehe.. Ahad tu last date Air Asia buat free seat promo tu, aku takde la yakin ade cuma saje nak tgk ikut yg Kak Neena ajar tu, sebab selama yg aku grab promo Air Asia lepas takde aku kisah pon pasal fare la ape sume tu, aku rasa within our budget, just grab!!! hikhik..

Mulanya aku test awal Ramadhan, memang takdelah kan nak dapat free seat tu...Since promo tu dari May2016 - Feb2017..So aku skip siap-siap bulan mana yang da ade public holiday besar dan yg aku dah plan holiday..kkeke..Antaranya : Jun - Ramadhan, Julai - Aidilfitri, Ogos - still available for us, September - Aidiladha & terbang ke suatu tempat bersama AA ;p.. October - still available for us, November - terbang bersama soulsisters, December - Feb 2017 - still available for us. 
Tu diaaaaaa!! berderet dah. Since oktober masih available, so aku saje test Oktober tu before school holiday start.. This is what i got



Teruslah aku propose kat Radhi, aku capture gmbr then whatsapp dia, sebab dia kerja ahad tu. Laju je soalan dia utk 2org ke? Aku cakap yess utk 2org KL -KB - KL...Then dia reply, "beli je la yang, jadi ke tak jadi balik belakang citaaaa!"...So dengan lajunya aku pon zapp zapp zasssss, settle belian..Lama jugakla tempoh aku balik tu, sebab 2015 memang kurang sgt2 kitorg balik Kelantan. Kalau balik pun, Jumaat petang lepas kerja kitorang gerak dari KL then ahad tengahari dah gerak semula dari kampung, sempatla tidur 2mlm. Nak balik cuti lama-lama, cuti aku dah habis banyak masa pergi umrah aritu. So terpaksa la adjust-adjust, dengan tiket AA yang aku dah beli 2014 terbang 2015 la, masa tu date umrah tak confirm lagi. Berpeluh gak aku kira cuti 2015.hihihi...

So itulah harga tiket yang aku dapat utk balik Kelantan Oktober 2016 nnt,..hehe.. owh yea kalau beli guna debit, ada processing fee .. tapi better la guna debit dari credit card, caj credit card lg mahal. Kitorang pun tidak menggunakan credit card, takutt terbabas guna...kekeke.. Total harga aku bayar adalah RM42.40.. Malas congak processing free tu. Kira sendiri la kalau korang nak tau..hehe.. Harga tu equal to RM21.20 seorang pergi balik. Still affordable!!!.. Selalu Radhi isi minyak kereta kalau balik Kelantan, RM50 tu dari KL ke Kuala Krai. Kat Kuala Krai, topup lagi minyak. Tak masuk tol kat Gombak tu lagi eh...Masa pun jimat, tak delah penat sgt. Tapi tak boleh la selalu balik naik flight ni, sebab selalu klu aku balik kampung, MIL aku macam-macam yang dia kirim.hikhik...Kalau naik flight ni terhad la sket.

Tu je la yang aku nak bebelkan. Since still berdua ni, pergerakan tu senang. Urus diri sendiri je, kalau ade anak nanti, takdenya aku nak grab sana grab sini beli tiket ni. Ni pun aku tawakal je, kalau da rezeki mengandung tu nanti, abaikan aje sume yang dah beli ni. Rezeki itu lebih berharga aku kira, ye tak?!! hehe..

daa!
^__^

Monday, November 30, 2015

Baiti Jannati - Alhamdulillah

Assalamualaikum...

Genap 2tahun lepas entry terakhir aku pasal baiti Jannati. hehe.. Kami masih tinggal di rumah sewa ketiga selepas kahwin..Dan Alhamdulillah, kami dah dapat beli rumah sendiri. Alhamdulillah..alhamdulillah.. alhamdulillah....

Sebenarnya urusan rumah ni bermula dari Jun 2015 aritu  2minggu sebelum kitorang berangkat mengerjakan umrah. Loan pulak lulus 5hari sebelum kitorang berangkat. Alhamdulillah syukur sangat, lega hati masa pergi umrah tu.


2 minggu lepas, selesai urusan deposit dan developer bagitahu rumah dah naik 35%, InsyaAllah kalau tak ade aral melintang, pertengahan tahun 2016 siap tapi estimatenya November 2016. Aku tak kisah pun, siap on time pon takpe.

Owh ye, lupa cite... kitorang beli area Jenjarom. Rumah setingkat 4bilik 2bilik air, 1bilik air dalam master room, 1 lagi kat luar. Kitorang beli end lot. Alhamdulillah within our budget. Segala urusan dipermudahkan dari hari kami booking sehinggalah urusan deposit. Rezeki kami masa ini...

Sekarang aku memang hari-hari dok berangan tengok kitchen cabinet la, tengok langsir la..haha...Nak beli pape, sume bajet nantilah kat umah baru, nantila beli masa masuk umah baru...kuikui...

Sabtu ni radhi ajak p site visit tengok tapak projek rumah baru...Nanti aku tepek sini gambar kalau boleh amek gambar dekat eh. Dan insyaAllah later, aku cerita time by time pasal Our baiti jannati ni...Alhamdulillah syukur!!

daa!
^__^

Friday, October 23, 2015

Entry sapu sawang kat blog..

Assalamualaikum...

Lama kutinggalkan blog bersawang. adehhhh..kemane hilang tah mood berblog skrg, sbb aku aktif kt IG.

Banyak cerita pending, kisah kembara aku di tanah suci Allah, Mekah dan Madinah tak habis lagi. Lepas balik Umrah, aku terbang ke KK pulak sambut birthday Radhi kat sana. Kelmarin pulak, alhamdulillah makpak mertua aku baru balik dari mengerjakan haji. Murah betul rezeki makpak mertua aku dalam masa setahun 3kali diorg ke tanah suci.

Ada 2-3 org whatsapp aku mintak habiskan entry umrah - maaflah bukan taknak share, aku dicemburui oleh masa..hihi...InsyaAllah aku try post mana yang da ada dlm draft nnt.

Ni kire update secara pantas ni, aku dok blogwalking sana sini terasa macam nak tulis sesuatu dalam blog aku yang dah bersawang ni. hehe..


Later!
^-^

Friday, September 4, 2015

Forever Living - Pure Aloe Vera Gel

Assalamualaikum..

Korang pernah tengok botol kuning kat bawah ni?



Haa.. ni pure Aloe Vera by Forever Living. Maksud pure adalah aloe vera ni tak dicampur air. Aku dah pernah amek aloe vera dari xxxxxxxxx...hehe... sesak napas sket aku nak telan..hihi..

Alhamdulillah dah masuk 2bulan setengah kot aku amek aloe vera ni. so far aku memang tak menghadapi masalah sembelit and hari-hari aku akan membuang dengan jayanya...hahha..

Lepas dah syok consume aloe vera ni, kakak aku suggest utk jadi ahli. Berbekalkan RM90 aku jadi ahli Forever Living dan dapat FREE Aloe Vera ni sebotol masa register as members.

Meh nak cite, tugas utama Aloe vera gel ni atau lebih dikenali shortform nya AVG adalah - MENCUCI USUS... kita dah makan macam-macam seharian, usus kita pon dah berat dengan lemak, kolesterol dan macam-macam lagi ibarat longkang xberus seminggu.. so ada masa kita perlu detoks iaitu cuci usus kita..

Alhamdulillah Aloe Vera dari Forever Living  ada sijil halal dari INFANCA..  Infanca is International Food and Nutrition Council of America. Forever Living dah berdiri sejak 1978 di atas dunia ni dan telah masuk ke 160 buah negara di dunia. Maksudnya kalau ke 160 buah negara tu korang melancong, nak beli stok.. BOLEH!!!... yeay!

                                     Masalah Berkaitan Dengan Usus Kotor

                    Beberapa masalah kesihatan yang biasa dikaitkan dengan pengumpulan toksin                                       termasuk:-
                        ~ Sering keletihan, daya tumpuan dan daya ingatan yang lemah
                        ~ Sembelit atau cirit-birit yang kerap
                        ~ Masalah-masalah kulit-jerawat, akne, ekzema, psoriasis, kulit yang pudar dan tidak                               bermaya
                        ~ Kuku dan rambut yang rapuh
                        ~ Badan dan nafas berbau
                        ~ Sering sakit kepala
                        ~ Sakit leher , bahu , sendi dan otot
                        ~ Peredaran darah yang lemah serta tangan atau kaki sejuk
                        ~ Imsomnia atau masalah tidur
                        ~ Meradang dan kemurungan
                        ~ Kitaran haid yang tidak teratur dan masalah-masalah putus haid\
                        ~ Berat badan dan pembendungan air dalam badan
                        ~ Masalah penghadaman , kesenakan dan rasa loya yang kerap
                        ~ Alergi dan pengidaman makanan
                        ~ Peningkatan tekanan darah

Nak banyak lagi info, boleh pergi ke FB page aku dan kakak aku : Forever Living Sister
Dalam FB page, banyak info yang kitorang dah share tentang AVG dan macam-macam lagi produk Forever Living.

Macammana nak order dan beli?

Boleh order kat aku : call/sms/whatsapp : 012-3492056 - [[[ aku lebih prefer whatsapp. :) ]]]

COD : weekdays  - Seri Kembangan/ Cyberjaya & Putrajaya - tempat2 berdekatan lain, kita boleh runding

COD Weekend : Klang Valley, insyaAllah aku bergerak dengan kakak aku.

Postage : Seluruh Malaysia.

daa~~

                        

Tuesday, August 18, 2015

Umrah 2015 - Airport Jeddah - Madinah

Assalamualaikum..

Dari lebih lama aku peram cerita umrah, aku kasi habis episod ni eh.

psst:: entry umrah memang agak panjang sikit, sebab macam nak tulis semuanya je.. tak nak tertinggal cerita..untuk rujukan aku jugak di masa depan..hehe..

Masa turun nak cop passport tu, hanya geng flight kami je yang baru sampai. Lama jugak beratur nak tunggu Pak Arab tu cop passport, dari 2kaunter je bukak untuk 200org lebih tunggu nak cop, dia bukak jadi 4lane.. okla kan.. Aku memang ingat pesan MIL, jangan lambat-lambat. Kena cepat-cepat sebab takut Pak Arab tu main-main. Masa tu SIL aku belakang aku. Radhi belakang sikit dari SIL aku sambil berborak dengan Anwar. Anwar tu datang 1 agensi dengan kitorang, dia bawak mak dengan ayah dia. Aku memang serapat-rapat tak bagi orang pintas aku..haha sekali SIL aku dah lepas belakang sikit, pastu Radhi pon dah terkebelakang sikit. Tapi lane still jalan. Alhamdulillah lepas aku cop passport tanpa ada problem.

Lepas keluar dari bahagian imigresen tu, terus aku ke tempat beg bagasi. FIL dengan MIL aku dah amek beg kami semua. Tinggal nak tolak je. hehe..Sekali aku tunggu punya tunggu, Radhi tak keluar-keluar, aku tengok Radhi dah stuck kat tempat nak cop tu. Berdebar terus aku. Pak Arab tu tak mau cop passport dia, dia siap bawak berjalan ke hulu hilir lagi passport Radhi. Allah , sabor je la.. Aku tengok muka Radhi pun muka merah padam nak marah dah. Yela dengan perut lapar, puasa lebih 18jam, berbuka ala kadar je..memang dugaan sangat bagi dia aku rasa. Tapi ape kita boleh buat kan, senyap je la.Tempat dia. Dari dia terus pegang tak nak bagi. Ada la dalam setengah jam kot Radhi berdiri tegak kat situ. Aku tengok makcik2, pakcik2 yang beratur tunggu nak cop tu semua dah duduk je, tak larat dah nak berdiri dah. Kesian..Masa tu aku tengok jam kat tangan, dalm pukul 3pagi waktu Malaysia, waktu Arab korang tolak je la 5jam. Aku memang sampai balik Malaysia semula tak tukar waktu pada jam tangan aku..hehe. jam kat phone je aku tukar sebab nak kunci untuk bangun sahur. Alhamdulillah Radhi dah dapat pun passport dia dan bilangan ahli rombongan kami dah cukup.

Selesai 1 masalah datang pula 1 masalah lagi. Ahli rombongan kami ada 4orang dari Terengganu. Beg bagasi diorang semua hilang tak sampai ke terminal kami, dalam sejam cek dengan pegawai imigresen dan pegawai airport, rupanya beg diorang salah hantar ke terminal lain. Kitorang yang dah cukup beg ni, ustaz suruh terus ke bas sebab perjalanan kami masih panjang, ada dalam 5-6jam untuk sampai ke Madinah. Haus memang haus sangat, SIL aku dengan tok sedara pegi beli air sementara aku tunggu diorang sambil jenguk-jenguk bas mana yang kami kena naik...Dapat air satu sorang, kitorang naik bas,menghempas punggung atas kerusi bas..phewwww memang lega gila. penatnya Allah je yang tahu. 1bab lagi perjalanan ke Madinah 5-6jam.. Memang tunggu bas jalan mata pejam tidurrrrr...hehe..

Aku duduk kerusi no 2 dari depan, Radhi duduk sebelah aku,depan aku MIL dan FIL. Sejam jugak tunggu geng-geng Terengganu sampai ke bas dengan beg bagasi diorang, sampai driver bas mengamuk-ngamuk dah sebab lama sangat dan jam pun dah lewat memang kitorang akan bersahur di tengah jalan je nanti. Bergerak je bas, memang pejam mata terus. Siap Radhi p genggam tangan aku tido dalam bas.. haha.. memang peel kitorang tido pegang tangan, kalau berjalan kat luar jarang berpegang tangannye..hahaha..Sekali aku tersedar driver bas tu pasang radio lagu arab bapak kuatnye.. memang terkujat semua orang tengah tidur..haha.. Semua orang pun tahu driver tu ngantuk agaknya, so semua diam je, tak de sape komplen. Aku sambung balik tidur, yang Radhi memang dia ni letak boom kt tepi telinga tak sedar, dia terlentok je kat bahu aku..patut rasa lenguh bahu aku..hahah..

Aku tak sure dah sampai mana masa tu, driver kejut semua orang, bukak lampu dalam bas suh bangun turun sahur. Masuk kedai tu, dia suruh kitorang duduk je, dia orderkan nk makan ape. Ofkos la nasi arab kan. So memang semua orang pilih ayam. Mata baru celik dari tidur dan kepenatan, takde makna nak makan kambing ke hape, Sekali kau datang nasi nya, hamek setalam kecik sorang, tapi still portion yang besar. Aku rasa kalau biasa untuk 3orang makan. -Sorry, aku lupa amek gambar.. sebab terkebil-kebil lagi baru jejak tanah arab,nak2 baru bangun tidur. huhu.. Satu sorang weh talam nasi nye. Radhi boleh habis, memang aku tak heran, suamiku memang kuat makan nasi sebab dia kerja berat. Aku tinggal suku portion kot, gigih aku try nk habiskan, tak berjaya..haha..Tapi memang serious sedap, lain dari rasa nasi arab kat sini. 1 lagi nasi arab kat sana tak ada sambal macam nasi arab kat sini. Mungkin nasi arab kat sini dah diolah sebab Malaysian kan suka pedas-pedas. Mula-mula tu aku pelik gak makan nasi arab je dengan ayam tu. Lepas tu dah adapt dah. Aku pun bukanlah kuat pedas sangat. Radhi n family memang kuat pedas. Family mertua aku bukan yang tipikal kelantan makan manis-manis yea. Jangan silap. Ramai orang terkejut bila sebut Kelantan je, semua orang ingat orang kelantan suka yg manis-manis tu. Setengah jam berhenti sahur, kitorang sambung perjalanan semula. Baru sekilometer bas jalan, aku rasa semua orang tertidur semula.. hahahha...

Alhamdulillah dalam jam 4.45pagi waktu Arab Saudi, kami selamat sampai di hadapan hotel yang kami akan menetap selama 3hari 2malam. Hotel Dar Al Naeem. Aku memang terkedu sangat2 nak amek gambar hotel la, gambar sekeliling Madinah la..padahal dalam group whatsapp family aku, abang aku dah mintak gambar selfie dpn hotel masa aku cakap dah sampai hotel kat madinah... huhu.. Aku rasa memang Allah bagi aku lupa sekejap pasal nak bergambar-gambar ni.

image from google

Sampai je hotel, turunkan bagasi dari bas..Alhamdulillah terus dapat kunci, kat sini pihak hotel akan edarkan kad nama hotel pada setiap ahli rombongan, tujuannya supaya bila kita tersesat nak balik hotel tapi tak jumpa, tunjukkan saje kad hotel tu pada polis atau pekedai-pekedai, diorang akan tunjukkan semula jalan ke hotel kita menginap. Penting sangat-sangat kad nama hotel tu, kalau diorang tak bagi, please and please and please minta kat receptionist. Disebabkan kitorang pergi di penghujung Ramadhan, jemaah sangat ramai dan bilik memang kebanyakkan di susun supaya duduk 4org. Duduk 30rg or berdua aku tak tahu la pulak berapa harga pakejnya. $$$$ huhu

Ni la gayanya bilik kami di Madinah
Aku stay dengan MIL, SIL, and tok sedara Radhi. So far bilik ni ok je. Ala bukan nak honeymoon kan. Sampai je bilik, bersihkan badan, solat subuh terus kitorang kebaboom hempaskan badan atas katil memasing. Luruskan segala urat-urat dulu. Dalam pukul 8 pagi kot, MIL aku tersedar masuk toilet then semua orang pun tersedar. MIL aku ajak pergi Dhuha kat Masjid. Aku memang eksaited gila sebab dah nampak Masjid Nabawi depan mata masa dalam bas nk sampai ke hotel pagi tu.

OK stop kat sini.

Next entry pasal pengalaman pertama jejak Masjid Nabawi dan masuk ke Raudhah.. =)

Later!

Wednesday, July 29, 2015

Umrah 2015 : KLIA - Jeddah

Assalamualaikum…

Alhamdulillah selesai aku submit assgment..hehe..berasap jugak menyiapkan, dengan kawan-kawan nak dating beraya, nak ziarah sementara ada bau mekah lagi..hehe..

Hari ni cerita bertolak dari KLIA ke Jeddah..Flight kitorang jam 3ptg pd 5Julai bersamaan 18Ramadhan-Ahad. Tak sangka ramai kawan-kawan saya nak dating hantar. Tekejut jugak MIL tengok..hihi..Ustaz Mutawwif kitorg tu cakap, orang baik, ramai orang sayang..ewaahhhh..Alhamdulillah dikurnikan dengan kawan-kawan yang baik jugak. Lagi satu mungkin sebab jatuh hari ahad, so ramai orang free on dat day. So bolehlah dating KLIA kan..hehe.

Perasaan sedih sebab tak dapat raya dengan my mom tahun ni, memandangkan giliran raya adalah giliran belah aku dan esaited sebab nak jejak Tanah Suci, rasa tak sabar nak tengok Masjid Nabawi, nak tengok Kaabah..hehe

Kitorang sampai KLIA jam 12 lebih kurang, aku tinggal kereta kat ofis. Mintak tolong member-member ofis tengok2 dan panaskan enjin sementara aku tak de. Kakak aku amik kitorang kat ofis aku, then terus gerak ke KLIA. Beg troli kitorang PIL aku dah bawak dari Kelantan memandang nk group check in baggage kat KLIA tu. Diorang yang dari Kelantan ni, dah sampai KLIA jam 8pg lagi. Owh yea, before tu nak cite- travel agent yang aku guna dari Kelantan. That’s why sumenya urusan dari Kelantan. Aku dari KL ni ade 3org, kami berdua termasuk nenek saudara Radhi sorang , tinggal d Shah Alam.

Sampai KLIA, port kitorang kat tepi KFC dkt surau lama tu. Masa tu semua sedara mara Radhi dah sampai. Cinta n Nana bersama Adam dim dam pun dating..hehe..Travel partner kitorang aka BFF kitorang aka teman sekampung Radhi pon dtg, classmate aku masa study dulu pon dtg, sgt2 terharu dengan diorang neh sume. Paling last sampai makpak angkat aku bersama adik2ku tersayang. Hehe..

Dalam jam 1ptg, kitorang Jemaah perempuan masuk surau untuk solat sunat musafir, solat jamak Zuhur dan Asar. Selesai solat Zuhur yang lelaki pulak masuk untuk solat. Disebabkan flight kitorang jam 3ptg, so lepas je lelaki2 sume kluar dari surau, ustaz dah arahkan semua untuk boarding..secara pantas jugaklah aku salam-salam semuanya, laga-laga pipi bagai…drama start! Ngeh ngeh

Of course aku sebak salam semuanya, salam Nana aku dah sebak sebab dia pun cam sebak. Tapi aku control lagi.. Salam Ida, travel partner aka BFF aku n Radhi pon aku sebak.. Salam dengan mak n yong pun sebak..eh semua la sebak.. Mak sempat pesan kat aku, “ingat pesan mama ye dik, buatkan umrah untuk arwah papa”..aku angguk then jawab InsyaAllah mak. Salam mak angkat aku terus berjurai sikit , sikit je sebab aku control. Mak angkat aku memang ratu air mata..hehe..dia peluk aku ketat-ketat betul. Aku dengan mak angkat aku lagi rapat sikit bercerita bab hati dan perasaan ni. Haha..sebab mak angkat aku jenis open minded. Ko cite je la ape nak cite, die sure akan bagi pendapat, dia takkan jawab ooooo je..atau ok je…huhuhu.. sebab tu bila aku ade prob hilang punca nak cerita, aku whatsapp mak angkat aku klu melibatkan family ni. Huhuh..

Dah kalut-kalut salam semua, kitorang pun start tarik bag dan menuju ke escalator untuk trun boarding tu. 1st time wei dalam hidup aku turun ke situ. Hehe.. Mak angkat aku turut aku sampai ke escalator, siap polis bantuan tu cek passport n tiket aku, sempat lagi mak angkat aku panggil n peluk aku, dia pesan “Lin mintak je semua kat sana, gunakan masa yang ada” masa tu memang aku berjurai-jurai dah..tak tahan dah wei, uncontrollable.ngeh ngeh..

Masa cek passport kat mesin imbas tu, jakun jugakla aku jap..haha.. Sumenya scan aje. Ko diri tegak, then scan ibu jari..pintu bukak, settle boleh kuar, jalannnnn.. Member kitorang sorang ade keje KLIA, so dia follow je kitorang sampai kat boarding area belah dalam nun.. Sampai tempat tiket kitorang di kerat die follow.. TQ Chap! Hehe..Dah lama tak naik train, hari tu naik train nk ke Flight..hehe.. Tengah2 beratur masa nak masuk boarding area, aku perasan macam kat hujung2 line aku beratur tu, macam rupa Rosyam Nor. Tapi macam ye macam tak je. Disebabkan masa tu tengah borak dengan Chap, aku tak pulak bersuara pasal Rosyam Nor tu…

gambar yang aku tepek kat FB aku sebelum masuk flight..kalut2, muka Radhi dah macam hape je...sebab da kena tarik beg masuk flight ni..haha
Kitorang masuk je dalam boarding area, chap whatsapp dalam grup bagitau “Rosyam Nor ada kat belakang korang”… haha.. so betullah Rosyam Nor yang aku tengok tu..huhu..Sekejap je duduk situ, dah kena masuk flight. Masa ni esaited gila aku rasanya..hehe.. Alhamdulillah masa pergi aku dapat seat sebelah Radhi dan seat kitorang adalah couple seat..Yeay! hehe..MIL, FIL dan SIL aku seat bertiga 3seat depan kami…hihi..Tak lama lepas kami duduk, Rosyam Nor ddgn adik dia yang pelakon ugak tu duduk hujung sebelah kanan kapal-terbang sederet dengan kami..huhu.. Sempat aku terpandang dia, dia senyum lebar sambil tunduk kepala kat aku..Mungkin terperasan aku dok perati dari tadi kot..haha

SIL...MIL...FIL

8jam dalam flight lama gila aku rasa. Aku dengan Radhi tak boleh tidur pun. Last2 kitorang main bowling dalam game kt screen tu.. siap lawan lagi. Memang sokmo aku yang kalah. Lepas 4jam penerbangan, sepatutnya dah buka puasa waktu Malaysia, tapi sebabkan kitorang dalam flight dan menuju ke Arab Saudi so waktu berbuka ikut Arab Saudi yang mana pukul 7pm ( 12mlm waktu Malaysia) baru kami akan buka puasa. Maksudnya lebih kurang 5jam lagi.. huhu..

Sampai airport Jeddah, jam 6petang masih ada lagi sejam untuk berbuka. Sampai je turun flight kitorang naik bas untuk ke terminal haji. Duduk je dl dalam tu sementara tunggu berbuka dan pak-pak imigresen arab tengah rehat tunggu waktu berbuka. Kitorang berbuka dengan bekalan yang flight Saudi bagi je. Ada roti tuna dan croissant , air mineral, jus oren, kurma. Kire bolehla alas perut. Selesai buka, solat Maghrib dalam kawasan tempat duduk tu je sementara menunggu pak imigresen arab panggil untuk cop passport. Dalam pukul 8 baru diorang panggil kitorang semua untuk turun cop passport.

Hah ada drama tau masa nak cop passport.. tunggu next entry la.. panjang sangat dah ni.hehe..


Later!

Thursday, July 23, 2015

Umrah 2015 : Intro

Assalamualaikum...

Selamat Hari Raya semua!!! Maaf Zahir Batin.

Alhamdulillah jam 1petang raya ke-4, aku dan family lain selamat mendarat di KLIA, berlepas dari Jeddah jam 11pm (4pagi waktu Malaysia). 14hari di sana, terlalu banyak yang manis untuk aku kongsi.

Selama ni aku baca catatan orang lain tentang umrah, kali ni InsyaAllah aku akan kongsikan dengan semua pengalaman yang aku dan Radhi lalui sepanjang kami di sana. Benarlah kata orang, sekali pergi pasti terasa nak pergi lagi. Begitu juga kami berdua, belum lagi sampai Malaysia, kitorang dah tanam azam nak pergi lagi nanti jika diizinkan Allah.

Satu wishlist terbesar aku da boleh pangkah.Alhamdulillah!!

InsyaAllah kasi aku settle sikit je lagi hal assignment aku, siap assignment aku cerita pasal umrah. Aku memang tak banyak amek gambar kat sana. Sebab kadang pergi masjid aku tak bawak phone, SIL aku pun tak bawak phone. Ade gambar pun waktu ziarah dan waktu biasa kami jalan2 sekitar hotel. Pergi balik masjid memang jarang jugak aku bawak phone, cuma adalah sekali dua bila waktu aku akan tinggal sorang2 baca Quran atau tak semua geng perempuan kami ke Masjid dan duduk sekali. Senang ape-ape hal aku call Radhi.

Doakan assignment aku settle cepat, aku tak lupa cerita di sana ..hehe..

Owh yea, kepada yang email dan whatsapp aku kirimkan doa, alhamdulillah semuanya aku dah baca di Raudhah, Jabal Rahmah dan Masjidil Haram. semoga doa kita diterima Allah. aamiin...

later!

^_^

Wednesday, June 17, 2015

Ahlan ya Ramadhan - the date is confirmed!

Assalamualaikum....

InsyaAllah esok kita semua akan menyambut Ramadhan di tahun 1436hijrah ni. Tahun ke 6 aku berpuasa as wife dan menyediakan sndr juadah berbuka dan menu bersahur. Sebab masih berdua so berbuka dan bersahur tu macam makan biasa hari-hari je. Kalau weekdays memang tak dan aku nak buat kuih untuk berbuka, selalunya Radhi akan beli je. Kuih wajib dia adalah seri muka.. Dia makan hari-hari pun boleh. Last year feveret aku masa berbuka. lepat pisang. Gerai tu kat rumah aku je. Sedap lepat pisangnya, terasa betul-betul manis pisang. Harapnye tahun ni ada la lagi gerai yang jual lepat pisang tu tahun ni. hehe

Dan insyaAllah Ramadhan kali ni, adalah Ramadhan yang paling bermakna dalam hidup aku sebab dengan izin Allah, aku akan mengerjakan umrah bersama Radhi dan ma + abah mertuaku dan adik ipar bongsu aku. Alhamdulillah tak terucap dengan kata-kata bila saat pertama kali ma bagitahu aku, abah dah booking tempat untuk kita buat umrah puasa nanti. Teringat aku pernah terdetik dalam hati ketika itu aku jeles tengok kawan-kawan lain terbang sana sini melancong. Aku pernah sebut, cop pertama dalam pasport aku nanti adalah cop aku pegi Mekah. Masa tu aku rasa aku main sebut je, tak pernah terfikir ianya akan jadi kenyataan dalam beberapa je lepas aku sebut tu. Alhamdulillah kuasa Allah.

Semuanya abah dan ma mertua aku yang uruskan. InsyaAllah kami akan berangkat pada 5Julai dan pulang pada 19Julai. Alhamdulillah Allah izinkan kami merasa 10malam terakhir disana dan beraya di sana. Tak terjangkau dek akal aku akan beraya di sana bersama suami. Rezeki Allah adil buat hamba-hambanya. :) Ni link entry aku 3tahun lalu pasal nak pergi umrah, berjejes air mata bila baca semula di waktu ini.. Alhamdulillah terima kasih Allah..

Di sini, aku nak amek kesempatan untuk memohon ampun dan maaf pada semua kawan-kawan dan pembaca blog aku andai terkasar bahasa atau terguris kata yang pernah aku lafazkan atau coretkan. Sesungguhnya aku insan yang serba kurangnya. Doakan perjalanan umrahku dipermudahkan dan selamat pergi selamat juga pulang ke tanah air.

Pada rakan-rakan TTC khususnya yang ingin mengirimkan doa untuk aku bacakan di sana, boleh la email pada aku :

leeyanaradhi@gmail.com dengan tajuk email - TTC - Doa di tanah suci supaya senang aku compilekan. Jangan lupa nama penuh ya! Kalau boleh secepat yang terdaya sebab aku juga sedang seboleh-bolehnya mensettlekan assignment untuk semester ni sebelum berangkat nanti. :)

Selamat berpuasa! ;)


Tuesday, May 26, 2015

Span Magic Daiso/Melamine sponge

Assalamualaikum...

Aku ade hutang cerita Langkawi.. 6-9Mei aritu aku dengan Radhi pergi Langkawi. hehe.. First time kitorang travel berdua je. Ok, later aku story semua. ade je dlm draft..gambar aku dah save dalam laptop semua.

This time aku nak story pasal span magic. hehe.. Ekceli span ni, teeta yang introduce kat aku, zana & yannie masa kitorg dating kat IOI aritu. Tak cukup corum masa tu, sebab nana balik Muadzam, acu kahwin - acu is adik nana.

Ta kata jangan beli kat Daiso mahal, sebab Daiso da ade gst kan.. wuwuwu.. ta suggest beli kat Mr.DIY. IOI tak de Mr.DIY, kalau ada pun rasanya kaki kitorang da penat merayap serata IOI tu. hehe. So aku decide cari kat Mr.DIY kat Jusco rumah aku je.

Aritu aku keluar dengan Radhi pergi Jusco, aku masuklah Mr.DIY tu mencari span magic tu sebab before tu Yannie dah beli kat Mr.DIY RM3.80. Aku mencari punya mencari nan hado, ke mata aku yang tak nampak tah. Pasrahlah tak beli masa tu.

Semalam, lunch hour aku dan officemate ke De Pulze makan Manhattan Fish Market yang promo tu. Daiso searas dan sekangkang kera je dengan MFM, lepas melantak kat MFM kitorang pun masuk Daiso dan aku terbeli jugak span magic tu d Daiso. Kebetulan memang dah time aku nak menyental dinding bilik air. So beli je la, boleh buat eskperimen ye dak? hehe..

image from google
Ni la rupanya span magic tu. Namanya Melamine Sponge. Petang tu balik rumah lepas kerja, time nak mandi tu jugak aku buat eksperimen sental dinding bilik air aku. Memang cepat, mudah dan berkesan..yang penting sekali memang magic..hahahah.. sekejapan je hilang kotoran dan tak perlu guna sabun. Cuma basahkan je span tu. Aku beli memang sebijik plastik dan rupa macam dalam gambar tu. Besar sket, ade 4 potong tapi aku potong lagi 2. JIMAT! Tetiba jadi seronok membasuh bilik air. ngeh ngeh.. Kalau sinki jadi lekat daki tu, tenyeh guna span tu je, terus berkilat. Kalau span yang biasa aku guna, kena add sabun sket. Baru daki ilang. Takpun guna berus sabut, berus sabut pun kena guna sabun.. Dengan span magic ni tak perlu sabun.. terbukti berkesan...haha

image from google
Ni saiz lain untuk melamine sponge ni. Try la, pasti berpuas hati... hehe.. Owh yea harganya mcam biasalah, Daiso RM5 plus gst 30sen...huhu .....TQ ta intro kat kitorang span ni. sayangggggggggg teeta.. hehehe.. :p

daa~~
^__^

Wednesday, April 22, 2015

Take 5 !!

Assalamualaikum...

Perghhh pukul 3 nak exam dan lagi aku menghupdate blog..keke.. actually dah tepu dr malam tadi gigih menghafal sampai aku terbongkang depan tv,sedar-sedar pukul 2pagi Radhi kejut lepas habis dia tengok Tom Cruise dalam Mission Impossible, suh naik tidur kat atas. Paling tak bleh blah, subuh tadi die tunjuk kat aku gambar aku tido terbongkang sambil pegang notes...haha..keji ok!..dasyat jugak aku tak tau la penat menghafal ke penat sebab siang tu kerja..

Kesihatan masih lagi tak memberangsangkan, memang masuk exam hall ptg ni aku bawak tisu dapur hat tebal tu..lantak pi laaaaa...malam tadi masa dah naik bilik, Radhi tanya aku demam lagi ke, sebab dia rasa badan aku panas. Aku dah tak mampu nak jawab rasa, ngantuk gila..Now, memang aku rasa badan aku panas sikit. Aku cek suhu 37.8..memang panas dari biasa kot kan? aritu masa aku nak demam tu aku da whatsapp ex-schoolmate yg merupakan seorang doktor ,aku tanya 38 tu demam ke..haha.. dia kata demam sila ke klinik.haha.. ni aku malas la nk tanya, over pulak asyik tanya je kan..jangan sampai dia suruh aku jumpa dia je...laki wei, dats y aku malu nak tanya banyak kali...so aku gugel je, dari yang aku baca, suhu arini early stage demam.. owh ade jugak early stage eh..lantak p la kalau demam pon, jnji arini paper last, ahad aku nak berjimba dengan my kakak..lama tak berjimba dengan dia.

okla, short entry je ni.. saje nk take 5..tapi rasa mcm da take 10..haha..sebenarnya aku nak lepak library je before exam start, tapi dah suhu badan tak menentu ni, malas nk beraircond lelame. Kang dlm exam hall dah la mcm dalm igloo..haha.. Library tu pon sama.

Nah aku belanja 1 pic ape aku tengah buat.. aku benci menghafal sbnrnye..sebab tu sekolah dulu subjek sejarah tak pernah dapat A. haha..aku suka mengira guna formula tapi dah ambik course ni, memang bendanya banyak menghafal je la...huhuh..



Wish me luck guys!

daa~~
^_^

Sunday, April 19, 2015

Paling lama

Assalamualaikum....

Aku rasa tahun ni paling lama aku menyepi dengan blog ni. Sian dia..huhu..habuk tebal!! Kalau dulu kadang-kadang aku ade je tulis entry time lunch kat ofis, tapi sekarang kerja-kerja kat ofis membatasai dan banyak sangat mata-mata yang memerhati dan mengkomplen itu ini mengadu domba..cehhh ayat aku..haha..so skrg aku mmg lebih suka waktu lunch, memang kelaur dari ofis tu. Amek udara luar.

Actually aku ni masih selsema, dek demam dari minggu lepas lagi. Aku start demam sabtu lepas, and hadap exam isnin tu dengan demamnya and selamba pegang tisu dapur tu 3keping kat tangan masa exam.Nasibla sape dok kiri kanan depan belakang aku masa tu dengar aku sroot sreet hingus...haha...abeh takkan aku nak ke toilet tiap kali "hasil terkumpul' kan? haha Then isnin lepas exam tu, aku decide nak MC je malas masuk ofis dah. Tak larat kauu, wiken tu aku berperang dengan demam and study untuk paper isnin tu. Then lepas exam, aku pegi klinik, just jumpa Doc untuk mintak MC. dat time ubat ada lagi, so Doc just suh continue ubat tu je. Ubat aku habis hari rabu tak silap, first time dalam hidup aku rasa aku habiskan ubat then demam, selsema tak baik-baik. Until now, aku tak pergi pun amik ubat lagi. malas!

Sebab utama aku demam aku rasa sebab tido malam beraircond. Actually kitorg baru je pasang aircond dalam bilik, baru dalam dua bulan gitu kot. Radhi la yang sibuk nak pasang aircond, aku tak berapa kisah sangat, tapi kalau time berpeluh-peluh tengah siap-siap nak ofis sampai bedak aku cair semula tu,aku kisah jugak! bahaha..Tido malam aku tak kisah sangat, sebab aku memang tido berstokin bagai even panas..dah terbiasa dari zaman hostel dl. Masa aircond tak pasang lagi dalam bilik tu, janjinya nak pasang aircond ms nak masuk tido je, pastu dah sejuk nak off, then masa panas brdenting nak tido je. but now bila aircond dan terpacak dalam bilik tu, hari-hari pulak aircond tu terpasang sampai ke subuh. So aku rasa aku kalah dengan aircond agaknya time tido. Kalau jarang-jarang macam tido kat hotel tu takpela. Penangannya sampai hari ni la aku sroot sreet lagi ni, tapi badan tak panas dah, cuma kadang nak tido malam la still macam tak selesa, bila pasang aircond, sakit tekak terbatuk-batuk plak aku, bila tak pasang aircond tido dengan angin kipas je, siaplah kul 3-4pagi aku tersedar berpeluh-peluh baju basah. hmmm..

Owh sebelum ada yang fikir aku preggy, aku bagitau sesiap period aku belum due. kalau due pun aku tak cek jugak kot, sebab tak de instinct pon preggy then now memang kurang berusaha, mungkin sampai masa nk let it be je...berehat dahulu!Usaha terhenti, doa je masih berterusan moga-moga MIRACLE DO HAPPEN! Aaamiin..

Banyak sebenarnya aku nak cerita, tapi nantilah. Aku nak keluarkan gambar dari fon nak tepek kat sini pn bercinta, buat entry tanpa gambar macam sendu je kan..haha..

InsyaAllah doa aku rajin!

Mood tak sabar nak habis exam, tak sabar nak hanimun! yeay!

daa~~
^___^

Friday, January 23, 2015

TTC : Mencari kekuatan

Assalamualaikum...

Hari ni saje nak share sikit dalam blog ni. Selalu aku bercerita hal TTC dalam blog lebih private.

Tahun 2015 ni masuk tahun kelima aku berkahwin dan 5tahun jugaklah aku berusaha untuk peroleh zuriat. Hanya tuhan yang tahu dan mereka yang merasai akan tahu jatuh bangunnya semangat, kekecewaan bila period menjelma. Aku bersyukur punya keluarga dan keluarga mertua yang tak pernah mempertikaikan soal zuriat ni. Cuma mungkin mereka kurang memahami. Dan bagi aku kalau tak faham, lebih baik diam dari berkata-kata yang mungkin akan buat seseorang tu kecil hati. Soal zuriat ni adalah rezeki dari Allah S.W.T. Mungkin kita rasa kita telah berusaha sehabis mungkin dan meminta doa agar dimakbulkan impian menjadi ibu dan ayah, tapi hanya DIA yang tahu bila waktu dan ketika sebenarnya.

Terus terang aku cerita memang aku tak banyak berkongsi dengan family aku sendiri atau family mertua berkenaan hal TTC aku. Ikhlas dari hati aku cerita, memang susah bagi orang yang tak mengalami pengalaman sebegini untuk betul-betul faham tentang hal-hal berkaitan TTC. Aku banyak bercerita, menangis dan mendapat semangat dari kawan-kawan yang senasib terpilih untuk dugaan sebegini. Even dengan kawan baik aku di pejabat pun aku jarang bercerita hal ini.

Kalau nak dihitung entah berapa baldi dah air mata mencurah-curah. Memang selalu aku dengar dan terima nasihat supaya keep positive, berdoa pada Allah...tapi untuk terus keep positive, sangat-sangat perlukan kekuatan dari dalam. Aku belum cukup kuat untuk itu. Kadang-kadang bila sunyi duduk rumah time weekend, masa tu la syaitan datang mengganggu untuk meratapi nasib diri. Akhir-akhir di terlalu ramai rakan-rakan sekolah, rakan-rakan belajar, rakan-rakan kerja yang beranak dan menambah anak, hampir setiap hari bila aku buka FB dan instagram, majoritinya adalah gambar anak. Pernah aku terfikir untuk tutup saja akaun aku di FB untuk menjaga hati sendiri. Cuma buat masa ini, aku limitkan waktu aku buka FB dalam sehari. Kalau tiada notification memang aku jarang buka FB dan di instagram aku lebih banyak follow insta shop untuk menjamu mata.hehe

Cuma 1 yang aku bersyukur walau masih tiada anak, aku dapat puas bermanja dengan suami. Bila bercuti, masih lagi dalam mood honeymoon.

Usaha tetap usaha. Cuma bagi aku kalau tak merasa janganlah ditambah kesedihan buat mereka yang mungkin sedang redha dengan ujian ini. Pepatah 'berat mata memandang, berat lagi bahu memikul' memang sesuai sangat digunakan. Bukan senang nak tahan hati dari menangis depan orang, bukan senang nak dengar tohmahan orang dan bukan senang nak terima kenyataan dari doktor bila doktor bagitahu masalah yang dihadapi atau ada juga yang tiada masalah cuma mungkin masanya belum sampai. Sebab bagi aku bila ada masalah, kita tahu ada ubatnya ada penawarnya tapi bila tiada masalah, cuma SABAR adalah penawarnya.

Kadang-kadang bila sedih, aku sebut sebanyak mungkin kata-kata Ustaz Kazim Elyas agar sentiasa tersemat di hati untuk terus redha, 'orang yang tiada anak, di akhirat nanti Rasulullah tunggu di pintu syurga' .

Semoga ada rezeki kita untuk menjadi ibu di tahun 2015 ini.. aamiin...

^__^
daa~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...